Jumaat, 3 November 2017

PAS Kelantan perlu hargai jasa Mat Sabu.




Benar Mat Sabu tidak lagi bersama PAS. Juga benar Mat Sabu yang kini memimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mula memusuhi PAS dan berhasrat untuk menguburkan PAS dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Tapi PAS jangan lupa segala jasa dan pengorbanan Mat Sabu kepada PAS selama ini, baik PAS Kelantan mahupun PAS Pusat. 

Di peringkat Pusat, Mat Sabu pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam PAS. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau juga pernah menjadi Naib Presiden PAS dan paling penting Mat Sabu pernah menjawat jawatan kedua terpenting dalam PAS, iaitu Timbalan Presiden PAS.

Kepada PAS Kelantan pula kenanglah segala jasa Mat Sabu di Kelantan. Jangan sesekali dilupai Mat Sabu yang pernah menabur bakti sebagai Ahli Parlimen Nilam Puri dan Kubang Kerian. 

Tidak mengapa jika tidak diabadi namanya pada jalan seperti Jalan Tok Guru, atau pada Dewan seperti Dewan Zulkifli Muhammad, atau pada jambatan seperti Jambatan Tok Kenali.

Tapi sekurang-kurangnya abadikanlah nama Mat Sabu pada hotel. Tukarlah nama Hotel Perdana Kota Bharu kepada Hotel Mat Sabu. Apatah lagi hotel itu amat sinonim dengan Mat Sabu. Malah hotel itu jualah yang mempopularkan Mat Sabu.

NOTA TAMBAHAN.

Semasa menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau ditangkap 'khalwat' dengan isteri orang bernama 'Normah Abdul Halim' di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. 

Isnin, 22 Mei 2017

Surat terbuka kepada ahli dan penyokong PKR



Buat sahabat-sahabatku dari Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Kita semua tentu terkilan dan terharu dengan Majlis Syura Ulama( MSU)PAS yang bertindak terburu-buru memutuskan kerjasama politik atau Tahalluf Siyasi dengan PKR. Sungguh tidak matang keputusan badan tertinggi PAS itu.

Sahabatku dari PKR, sebagaimana kamu aku juga amat bersedih dengan keputusan tersebut, malah mungkin lebih dari itu. Luluh hatiku apabila memikirkan ranapnya harapan dan cita-cita kita yang ingin menawan Putrajaya dan menjadikan tokoh Reformasi yang kita sanjung, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Padahal semua itu dapat diterjemahkan sebagai kenyataan andainya PAS tidak tergesa-gesa membuat keputusan.


Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Biarlah PAS dengan keputusannya. Kita hormati keputusan parti islam itu. Cuma, kita kesal PAS hanya islam pada nama tapi tidak dari segi perlaksanaan. Hingga ke saat ini PAS masih berkeras ingin mengekalkan exconya dalam kerajaan negeri Selangor.

Tiga exco dari PAS, iaitu Zaidy Abdul Talib, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi sepatutnya meletak jawatan sebagai exco kerana parti mereka telah memutuskan kerjasama politik dengan PKR. Tapi mereka enggan, malah PAS tetap bernafsu terhadap jawatan tersebut.

Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Paling aku kesali pemimpin-pemimpin PAS telah mengheret institusi istana untuk mempertahankan jawatan exco tersebut. Mereka mendakwa hanya Sultan yang berkuasa melucutkan jawatan yang mereka pegang. Oh, degilnya PAS.



Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Kita perlu paksa, tiga orang exco PAS itu mengosongkan jawatan mereka. Tapi bagaimanakah caranya. Sudah puas pucuk pimpinan PKR memujuk tapi jawapannya amat menghampakan. Untuk menggunakan kekerasan, itu tidak mungkin kerana ia mencemarkan imej parti kita sekali gus merugikan PKR yang kita sayangi.

Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Aku memohon kepadamu setulus hati agar marilah kita mengkaji dan meneliti sejarah pilihan raya di negara Tongo. Sebuah negara yang tidak terkenal yang nun jauh di benua Afrika.

Kenapa Tongo?

Kerana ada pengajaran dan contoh tauladan yang boleh kita pelajari. Pernah pada suatu ketika, Presiden Tongo, Faure Gnassingbe tidak disenangi oleh sebahagian rakyat Tongo. Mereka mendesak agar Presiden Tongo itu meletak jawatan. Tapi malangnya, Faure Gnassingbe tetap berkeras ingin mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Tongo. Puas rakyat membenci dan puas rakyat membantah, namun ibarat mencurahkan air ke atas daun keladi. Sia-sia dan tidak mendatangkan hasil.

Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Tahukah sahabat-sahabatku semua apakah langkah seterusnya yang rakyat Tongo lakukan untuk mendesak Faure Gnassingbe meletak jawatan.

Mogok seks.. ya mogok seks.
Tahukah sahabatku para ahli dan penyokong PKR. Di sana rakyat telah mengadakan mogok seks untuk mendesak Faure Gnassingbe meletak jawatan. Mereka tidak menyentuh pasangan masing-masing, dan suami isteri saling melupakan perasaan cinta dan keghairahan demi perjuangan.

Wahabi sahabatku para ahli dan penyokong PKR.

Apa salahnya jika kita semua menjauhi seks untuk mendesak tiga orang exco dari PAS itu mengosongkan jawatan exco Selangor. Kita bukannya ingin menjauhi seks buat selama-lamanya seperti para sami dan paderi, tapi hanya seketika dan paling lama pun sehingga PRU ke 14.  Tapi aku amat yakin, andainya semua ahli dan penyokong PKR melakukan mogok seks, rakyat akan berpihak kepada kita dan akan membenci PAS. Jadi pada waktu itu, atas desakan rakyat seluruh Malaysia, malah mungkin mogok seks ini akan mendapat perhatian dunia, exco PAS akan meletakkan jawatannya secepat mungkin.

Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Walaupun begitu mogok seks ini hanya akan berjaya andainya wukud kesepakatan antara semua ahli dan penyokong PKR seluruh negara. Lagi berkesan jika rakan-rakan dari Pakatan Harapan turut serta. Jom kita beritahu mereka tentang rancangan murni kita ini.

"Kalau takut hadapi risiko usah bicara soal perjuangan."


Sabtu, 29 April 2017

Mengapa Exco PAS Selangor tidak perlu letak jawatan andainya PAS putus hubungan dengan PKR.





Macai-macai Pakatan Harapan terutamanya budak-budak hingusan dari PKR dan PAN mula menyalak tak tentu pasal tentang kedudukan Yang Berhormat daripada PAS dalam exco Selangor. Saya tertarik dengan hujah Faiz al-Hajari di Facebooknya tentang situasi ini.

Hujah pertama.

Negeri Selangor dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT, bukan Pakatan Harapan. Pakatan Rakyat terdiri drpd Pas, Pkr dan Dap. Pas TIDAK PERNAH tinggalkan Pakatan Rakyat, sebaliknya Dap yg kelam kabut pi umum "Pakatan Rakyat sudah tiada lagi..." so kenapa pulak Pas kena tinggalkan kerajaan negeri Selangor?

Hujah kedua

Sepatutnya para pimpinan Pan yg melompat daripada Pas itulah yg patut letak jawatan selaku ADUN atau MP memandangkan mereka menang kerusi tu dulu guna bendera Pas, guna duit Pas dan guna jentera Pas. Betul?

Hujah ketiga.

jika alasan klasik mereka "kami x perlu letak jawatan sbb kerusi tu dimenangi atas nama PR", maka hujah point 1 aku itu tergunapakai. Kerajaan Selangor dimenangi atas nama PR, bukan PH. Jika masih berdegil jugak, sila bubar DUN Selangor sekarang dan adakan PRN. Kita tgk rakyat nak bg mandat ke PH sungguh ke x.

Ulasan Halim Saufi.
PKR sila pergi mampus.

Jumaat, 21 April 2017

Mufti Perlis, Dr. Asri menghina agama Hindu.



Siapa tak kenal dengan Dr. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA. Selain menjawat jawatan sebagai Mufti Perlis, beliau adalah antara pakar hadis di Malaysia, dan berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Tapi sungguh tidak disangka dan sangat tidak diduga, Mufti yang dianggap paling bijaksana ini rupanya terlalu mudah ditakluki emosi. Saya tertanya-tanya, susah hilangkan kewarasan Dr. Asri atau beliau begitu mudah ditewaskan oleh emosi.
Pembaca boleh nilai sendiri tulisan Dr. Asri yang racis dan penuh penghinaan terhadap agama Hindu ini.

..apabila yang mempertuhankan lembu bersatu.. 
lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..

mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..
pembakar wanita janda..di benua sana..
ajaran yang mengkastakan manusia..
sedih, sehingga ada yang dipanggil paria..

wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa..
betapa menghina insan sesama..
di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada.. 

berpakat mereka membuat angkara..
kita tidak boleh berdiam bahasa..
toleransi dan kesabaran ada hadnya..



Tidakkah Dr. MAZA beriman dengan ayat Allah ini.




Sebagaimana Dr MAZA,  majoriti umat islam di Malaysia kecuali Siti Kasim dan Aishah Abdul Jalil amat berterima kasih kepada Dr Zakir Naik. Dakwahnya berjaya memperkenalkan islam dengan lebih tepat dan menyebabkan ramai anggota masyarakat termasuklah golongan bukan Islam ingin mengenali dan mengkaji ajaran Islam.

Menjadi lumrah, sesiapa sahaja yang ingin membawa ajaran Islam pasti sahaja akan ada halangan yang datang. Pasti ada musuh yang tidak menyenangi. Dalam konteks dakwah Dr Zakir Naik, kita dapati Hindraf dan kumpulan Islam liberal seperti Siti Kasim adalah penghalang dakwah Dr Zakir Naik di Malaysia. Terbaru pula ialah kerajaan India memohon agar Dr Zakir Naik diserahkan kepada India untuk dibicarakan.

Walaupun kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan India itu, namun kita perlu matang dalam berfikir dan bertindak. Umpama menarik rambut di dalam tepung, perlu hati-hati dan perlu teliti.

Amat dikesali tindak tanduk Dr Asri tak ubah seperti budak hingusan dan jauh sekali menyalahi etika ilmu.

Saya tertanya-tanya adakah Dr. Asri ini hanya mahir dalam ilmu hadis tapi jahil dalam ilmu sirah dan Al-Quran.

Dr. Asri perlu belajar dan hayati ayat Al-Quran, surah Al An’am, ayat 108

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata: “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.

Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya “Tafsir Al-Quranil Azim (Jilid 2, m/s 262)”: “Allah melarang Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman daripada menghina sembahan orang-orang musyrikin, walaupun ada kepentingannya, sekiranya kemudharatan lebih besar, iaitu tindakbalas orang kafir yang akan menghina Allah S.W.T.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s 327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasulnya”.

Dr. Asri perlu belajar dari Sirah Rasulullah SAW.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dahulu pernah disakiti dan dicela oleh orang-orang musyrik. Lalu bagaimanakah sikap beliau? Beliau bersabar. Lihatlah bagaimanakah kisah beliau ketika disakiti oleh penduduk Thoif saat beliau mendakwahi mereka. Beliau kala itu bersabar.

Kepada Mufti Perlis, Dr.Asri Zainul Abidin tolonglah jangan bermain dengan api perkauman. Tidak sepatutnya golongan yang berpendidikan seperti kamu mengeluarkan kenyataan yang sebegini biadap.



Selasa, 4 April 2017

Akta 164 menodai kesucian Islam.




Akta 164 menodai kesucian Islam.

Jumhur ulama silam termasuklah dikalangan Mazhab Syafie, Hanbali serta Hanafi sendiri telah menetapkan secara jelas akan isu ini bahawa anak tersebut akan mengikut agama ibu atau bapa mereka apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam. Ianya adalah satu pandangan hasil menifestasi aqidah yang benar bahawa kedudukan Islam itu adalah yang tertinggi berbanding lain.

Hinggakan ulama terdahulu telah menyimpulkan isu ini dalam satu kaedah fiqh yang jelas:

الولد يتبع خير الأبوين ديu

“anak akan mengikut agama yang terbaik dikalangan ibu bapa mereka”

Sebab itulah apabila suami isteri itu penyembah berhala kemudian salah seorang memeluk agama Kristian maka anak tersebut akan mengikut agamanya kerana agama samawi adalah lebih baik berbanding menyembah berhala. Begitu juga apabila salah seorang memeluk agama Islam, sudah tentu anak tersebut akan turut memeluk agama Islam kerana Islam adalah sebaik-baik agama dan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah swt:

Bahkan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2009 sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa agama anak adalah Islam apabila salah seorang ibu bapa menganut Islam. Kenyataan tersebut menyebut:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam, Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.”

http://muis.org.my/2017/03/ruu-akta-164-masa-depan-anak-umat-islam-dipertaruhkan/

P/S:  Nanti geng-geng Maqasid akan bertanya, siapalah ulama silam seperti Imam Syafie, Imam Maliki,Imam Hanbali dan Imam Hanafi. Mereka bukannya ada PhD hadis macam Dr MAZA dan Dr. Rozaimi. Mereka tak bijak Maqasid Syariah seperti Ustaz Wan Ji. Mereka tak faham Rahmatan Lil'Alamiin seperti Khalid Samad.


Isnin, 27 Mac 2017

Stevia Palsu, senarai syarikat dan produk yang terbabit perlu didedahkan.



Semalam Berita Harian menyiarkan berita mengenai lambakan produk Stevia palsu yang kini menguasai pasaran negara.

Mengikut laporan tersebut, hasil kajian makmal terhadap 10 sampel produk stevia yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati produk tersebut langsung tidak mengandungi ekstrak Stevia, sebaliknya hanyalah kombinasi bahan kimia bahaya dan memudaratkan kesihatan.

Akibatnya ramai pengguna stevia diburu kerisauan dan kebimbangan. Mereka tertanya-tanya syarikat manakah yang terlibat dan jenama manakah yang dimaksudkan.

Hingga ke saat ini tanda tanya tersebut masih lagi menyelubungi pengguna. Mereka menuntut agar pihak yang terbabit melakukan kajian ini, iaitu UTHM dan UPM mengumumkan senarai produk stevia palsu tersebut.

"Hairan juga mengapa ia masih dirahsiakan sedangkan ia terbukti membawa mudarat kepada pengguna. Atau adakah ada agenda tertentu di sebalik semua ini ?" Demikianlah yang ditulis oleh seorang kenalan saya di laman Facebooknya. Beliau tidak hanya pengguna malah salah seorang pengedar produk pemanis Stevia RCC.

Pandangan Peribadi Saya.

Selagi senarai syarikat dan Stevia palsu tersebut tidak didedahkan maka selagi itulah kekal misteri. Langkah terbaik untuk masa ini ialah dengan menghindari semua produk berasaskan stevia hinggalah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Itulah langkah yang terbaik untuk kesejahteraan hidup.


Isnin, 20 Mac 2017

Pesanan Ustaz Emran Ahmad kepada pemimpin Pakatan Harapan yang beragama Islam.

Pendakwah terkenal Ustaz Emran Ahmad menyuarakan kekecewannya terhadap ahli dan pucuk pimpinan Pakatan Harapan yang beragama islam. Ini kerana mereka semua meredhai dan merestui segala tindak tanduk pemimpin-pemimpim Non-Muslim dalam Pakatan Harapan demi meraih undi.  Pemimpin-pemimpin yang beragama islam dari PKR, PAN dan DAP lebih selesa membisukan mulut dan memekakkan telinga kerana mereka takut kehilangan sokongan daripada golongan bukan islam.





Sebagai contoh, Dr. Mariah Mahmud dari parti PAN pernah menyuarakan penentangan terhadap usaha atau cadangan untuk menaikan harga minuman keras atas alasan tindakan tersebut akan membebankan masyarakat bukan islam yang ingin bermabuk-mabukan. Malah beberapa tahun lepas, Dr. Mariah sanggup berkerja sama dengan Hindraf membantah Novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein.

Hari ini tindakan DAP campur tangan dalam urusan agama Islam termasuklah urusan Fatwa di Pulau Pinang turut direstui oleh puak-puak PAN atas alasan Maqasid Syariah.

Terbaharu cadangan DAP Sarawak yang ingin menghalang penempatan dan khidmat guru agama dari Semenanjung turut disokong oleh seorang Melayu Muslim dari DAP, iaitu Zulhazmi Shariff.

Kepada seluruh Muslimin dan Muslimat termasuklah rakan-rakan dari Pakatan Harapan tolonglah hayati luahan hati dan kekecewaan Ustaz Emran terhadap parti kamu. 

Teguran Ustaz Emran Ahmad.

Ahli PKR atau DAP yang muslim wajib menegur dan mengambil tindakan pada ahli mereka yang menghina Islam.

Penghinaan pada Islam dan susuk ajaran agama ini bukanlah sesuatu yang boleh dibiarkan atau bertolak ansur.

Non-Muslim yang melakukannya akan menjadi kafir harbi yang wajib diperangi dan dibunuh.

Dan kita tidak mahu ianya ianya sampai ke tahap itu.

Justeru kerajaan dan polis wajib mengambil tindakan sebelum berlaku huru-hara dalam negara dan ketegangan antara kaum akibat perbuatan ahli politik dan orang-orang bodoh yang tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka.





Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian selalu berolok-olok?.” Tidak usah kalian meminta maaf, kerana kalian telah kafir sesudah kalian beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kalian (lantaran mereka bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.” (At-Taubah: 65-66)

# Politik cara orang yang berakal dan berakhlak bukan politik cara orang yang terdesak dan miskin akhlak!

Pandangan Halim Saufi(HS)

Susah ni Ustaz Emran. Muslim2 dalam Pakatan Harapan dah lupa agama. Pemimpin2 Muslim dalam Pakatan Harapan hanya nak rampas Putrajaya. Ulama2 PAN dan PKR tidak kisah pun bila pemimpin Non Muslim dalam parti mereka hina Islam. Mereka akan anggap semua itu menepati Maqasid Syariah dan Rahmatan Lil'Alamiin.

Jumaat, 3 Mac 2017

Kisah cinta Siti Kassim dan PAN.




Hubungan yang terjalin antara Siti Kassim dengan Parti Amanah Negara(PAN) amatlah akrab. Bagaikan isi dengan kulit dan bagaikan aur dengan tebing. Malah, lebih dari itu sebenarnya.  Mereka bukan setakat bertahalluf Siyasi, tetapi lebih dari itu mereka bagaikan irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.

Mat Sabu sangat sayang sama Siti Kassim. Begitu juga dengan Husam Musa yang sangat memerlukan Siti Kassim. Atas dasar itu mereka bertahalluf Siyasi untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS. PAN dan Siti Kassim bersatu menghasut orang asli di Gua Musang.

Sehari dua ni seluruh Malaysia terkejut apabila Siti Kassim dan beberapa kumpulan aktivis dengan diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy telah memfailkan tuntutan mahkamah. Antara tuntutannya ialah agar Dr. Zakir Naik ditangkap dan diusir dari Malaysia.

Siti Kassim mendakwa pendekatan Dr. Zakir Naik menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Walaupun tindakan Siti Kassim ini dicemuh dan dikutuk majoriti umat islam di Malaysia, namun rakan tahalluf siyasinya iaitu PAN masih diam seribu bahasa. PAN pasti sahaja tidak ingin mengecewakan Siti Kassim dan tentu tidak ingin kehilangan sokongan dan bantuan dari Siti Kassim, sekurang-kurangnya untuk merampas Kelantan daripada PAS.

Kepada umat islam, terutamanya para pengundi islam, kalian perlu berwaspada selalu. Sedar dan insaflah PAN dan Siti Kassim bukannya tempat untuk kita bernaung dan bergantung harap. Mereka adalah musuh yang wajib diperangi dan dimusuhi.

Sabtu, 25 Februari 2017

HOSPITAL PATUH SYARIAH ATAU HOSPITAL PATUH DAP.



HOSPITAL PATUH SYARIAH ATAU HOSPITAL PATUH DAP.

Hospital patuh syariah ni macam mana sebenarnya? Selama ni hospital lain tak patuh syariah ke?

Pesakit lelaki perempuan asing-asing ke? Banyak betul staff kena ambil gitu. Dah la male nurse ni terhad. Dah pulak tu, banyak la wad kena buka. ICU lelaki, ICU perempuan, OT lelaki, OT perempuan, Daycare pun kena bahagi dua, ENT lelaki, ENT perempuan. Belum kira klinik pakar lagi. Pakar dikoyak dua. Koridor buat asing-asing jugak tak?

Banyak surau? Hospital kerajaan siap ada masjid dalam kawasan hospital. Minima seminggu sekali siap buat ceramah dalam hospital. Dan siap ada unit keagamaan lagi. Camna tu? Tak patuh syariah lagi ke?

Pesakit tutup aurat? Selama ni pesakit hospital lain memang bogel sepanjang masa ke camna? Rasanya hari-hari wad kehabisan stok linen baju dan kain. Ke nak expect mandikan pesakit tanpa buka baju dia, tutup litup habis? Sedangkan mayat pun kena mandi dengan buka part-part tertentu.

Staff pakai purdah dan jubah? Camna nak kerja gitu? Habis tercalit tahi kat lengan panjang dan lebihan kain tu, bawak balik rumah bagi family merasa C.Diff sorang sikit. Belum kira peluh kat ketiak staff sorang-sorang.

Makanan halal? Aik, selama ni dihidangkan khinzir ke camna? Hospital punya makanan cukup halal, terjaga. Tak ada sampai serve bak kuh teh lagi.

Ubatan "islamik"? Contohnya pomade stroke yang dijamin bahan organik? Atau kad la genius yang mampu senbuhkan 1001 penyakit? Atau nak guna jamu 300 juzuk ke?

Pembahagian pesakit ikut agama? Non-Muslim tak boleh masuk? Ke camna?

Atau sebenarnya isu "Hopital Patuh Syariah" ni sekadar nak mainkan sentimen agama untuk cetuskan salah faham masyarakat pada hospital kerajaan dan swasta lain?
Sumber : Facebook Anwari Hamzah.

Sedikit Ulasan Dari Aku.

Hospital Patuh Syariah adalah propaganda DAP untuk memancing undi orang Melayu/Islam. Dalam masa yang sama, DAP ingin membuktikan partinya lebih islamik berbanding UMNO.

DAP memang celaka, tapi malangnya ramai juga orang-orang Melayu termasuklah Pak Lebai Veteran bernama Ahmad Awang yang terpedaya dengan propaganda DAP.

Selasa, 21 Februari 2017

Perbezaan antara Himpunan RUU dengan Himpunan Bersih.



Pada 18. Februari. 2017, buat julung kalinya dalam sejarah diadakan Himpunan RUU 355(H355). Himpunan tersebut bertujuan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

H355 yang di adakan di Padang Merbok pada hari Sabtu lepas dihadiri ratusan ribu peserta. Mereka adalah manusia-manusia yang ikhlas ingin memperkasakan undang-undang Syariah dan memartabatkan islam di bumi Malaysia.

Berikut adalah perbezaan utama antara Himpunan RUU dengan Himpunan Bersih terutamanya Bersih 5.

Matlamat

Himpunan RUU diadakan dengan  matlamat untuk memperkasakan undang-undang Syariah dan memartabatkan islam. Puluhan malah mungkin ratusan ribu yang hadir tempoh hari adalah pejuang-pejuang agama yang ikhlas berjuang untuk melihat islam dimartabatkan di Malaysia.

Berbeza sekali dengan Himpunan Bersih. Ia diadakan. Untuk memperkasakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mat  Sabu, serta untuk memartabatkan Pakatan Harapan. Mereka mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi dan parti mereka sahaja.

Pergaulan dan percampuran.

Himpunan RUU juga dikendalikan dalam keadaan cukup islamik. Meskipun pengasingan peserta lelaki dan wanita tidak berlaku secara total, namun yang penting ia tidak dicemari oleh maksiat. Ini kerana setiap peserta yang hadir telah membulatkan nekad untuk memartabatkan undang-undang Syariah.

Manakala dalam Perhimpunan Bersih pergaulan antara peserta lelaki dan perempuan dibiarkan bebas sebebasnya. Malah dalam Bersih 5.0, Presiden Amanah, Mat Sabu telah dikenalpasti berkelakuan tidak senonoh iaitu bergambar dalam keadaan bersedap-sedapan dengan seorang peserta perempuan berbangsa cina yang seksi dan jelita. Itu yang jelas di hadapan mata, tentang keadaan atau pergaulan bebas yang terlepas dari lensa kamera, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Penganjur.

Dari segi penganjuran pula, Himpunan RUU dianjurkan oleh golongan Ulama dan pencinta islam. Ia dianjurkan oleh PAS dan turut disertai oleh NGO-NGO islam yang benar-benar mencintai islam. Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Azhar Idrus adalah antara ulama yang terlibat dalam Himpunan RUU.

Berbeza sekali dengan Himpunan Bersih. Ia turut dianjurkan oleh musuh-musuh agama yang sesat dan menyeleweng. Golongan yang memperjuangkan LGBT, seks bebas, islam liberal dan pluralisme telah bersatu menganjurkan perhimpunan Bersih.

Tingkahlaku Peserta.

Peserta Himpunan RUU juga terdiri daripada insan-insan yang sopan santun. Ini kerana mereka adalah pencinta syariah. Sepanjang perhimpunan berlangsung tiada gambar mana-mana tokoh yang dipijak, dan tiada apa-apa kerosakan yang dilakukan terhadap harta benda awam.

Ia berbeza sekali dengan Himpunan Bersih di mana peserta bukan Melayu telah melakukan perbuatan hina dan keji, sehina dan sekeji binatang. Peserta Bersih sanggup memijak gambar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Harta benda awam turut dimusnahkan. Zalim dan kejam sekali peserta Bersih.


Kepada peserta Himpunan RUU, saya ucapkan tahniah kerana kesanggupan anda mengorbankan masa dan wang ringgit demi islam yang tercinta. Manakala kepada peserta Himpunan Bersih, takziah saya ucapkan kerana anda telah dibinatangkan oleh Lim Kit Siang dan konco-konconya.

Ahad, 19 Februari 2017

Maqasid Syariah versi Mat Sabu.



Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) mendakwa perjuangan partinya yang berasaskan Maqasid Syariah akan memenangi hati rakyat dan negara sedikit masa lagi berbanding parti PAS yang didakwanya membawa pendekatan Takfiri.

Mat Sabu bergambar mesra
dengan amoi

Rasa nak gelak pula bila terbaca Mat Sabu berbicara tentang Maqasid Syariah.

Aku ingatkan sedang terbaca tulisan Dr. Siddiq Fadzil atau setidak-tidaknya Dr. Mujahid Yusof Rawa. Rupa-rupanya aku terbaca tulisan Mat Sabu.


Maqasid Syariah versi Mat Sabu.

Aku tertanya-tanya apakah pendekatan berasaskan Maqasid yang diperjuangkan oleh Presiden PAN ini. Adakah ia termasuk aktiviti bergambar mesra dan bersedap-sedapan dengan amoi cina.

Aku risau jika selepas ini aktiviti liar berlandaskan nafsu ini akan ditafsir sebagai pendekatan Maqasid Syariah oleh ahli-ahli PAN yang kebanyakannya jahil agama.

Paling aku risau takut-takut perbuatan berkhalwat dengan bini orang di bilik hotel pun akan dianggap sebagai menepati Maqasid Syariah oleh parti pemakan dedak DAP ini.

Khamis, 16 Februari 2017

Che Ibrahim Mohamed (Ustaz PAN) perlu dalami ilmu agama.


Che Ibrahim Mohamed (Ustaz PAN) perlu dalami ilmu agama.

Berkali-kali DAP memperlekehkan islam, tapi Ustaz Che Ibrahim diam seribu bahasa. Dia rasa sangat bahagia dan gembira di bawah naungan Rahmatan lil DAP.

Bila empat orang Wakil Rakyat DAP bertindak keluar parti, Ustaz Che Ibrahim resah dan gelisah sekali. Gila dan sungguh gila kerana dia bersedih apabila musuh islam dilaknat Allah.

Andainya Che Ibrahim telah wujud pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, tentu dia akan gembira bila tentera kafir Quraisy memenangi Perang Uhud, dan mungkin dia bersedih apabila tentera kafir Quraisy tewas dalam perang Badar, Khandak dan siri-siri peperangan yang lain.

Kepada Che Ibrahim, eloklah kau dalami ilmu agama, termasuklah sirah Nabi. Berpolitiklah untuk kebaikan Melayu dan islam dan bukannya untuk menggugat orang Melayu dan islam.



Rabu, 15 Februari 2017

RUU 355, Dr. Asri(MAZA) keliru dan celaru

Dr. Asri Zainal Abidin



RUU 355, Dr. Asri(MAZA) keliru dan celaru.

Orang nak pinda akta supaya naik taraf mahkamah syariah yang belum melibatkan hukuman pencuri dia duk bahas potong tangan orang miskin.

Orang nak naik taraf mahkamah syariah dia duk bahas pandangan donald trump terhadap Islam. Adakah nak tunggu donald trump dan sekalian orang kafir reda dulu baru boleh naik taraf mahkamah syariah?

Orang nak naik taraf mahkamah syariah dia duk ungkit hal sembelihan, solat dua imam dan lain-lain yang tak berkaitan. Padahal benda sudah tak wujud.

Orang nak naik taraf mahkamah syariah dia duk bahas bab kondusif.

Berlambak akta dalam negara dan pejabat agama pinda macam-macam peraturan tak dengar pula maza cakap kondusif ke tidak.

Orang nak naik taraf mahkamah syariah dia duk bahas kata Pas melihat keadilan dari sudut potong tangan saja.

Adakah mata yang buta atau hati yang kelam tak nampak dokumen hijau Pas penyelesaian ekonomi dll masalah negara yang disediakan Pas? Projek2 Pas di kelantan seperti rumah kediaman contoh, skim cuti bersalin dll yang akhirnya diikuti pusat.

فانها لا تعمى الابصار ولكن تعمى القلوب التي في الصدور
"Sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi hati di dalam dada yang buta"

Sumner : Facebook Ustaz hisham

Ahad, 12 Februari 2017

Keluar parti, tindakan empat Wakil Rakyat DAP Melaka menepati Maqasid Syariah.



Keluar parti, tindakan empat Wakil Rakyat DAP Melaka menepati Maqasid Syariah.

Dalam keasyikan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bergembira menerima kehadiran warga terbaru DAP, Zaid Ibrahim, tiba-tiba laknat Allah menimpa parti rasis perkauman tersebut.

Empat wakil rakyat DAP itu terAhli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang), Chin Choong Seong (Kesidang).

Hahahaha(gelak gaya Mat Sabu) seorang masuk DAP, tapi empat yang keluar dari parti tersebut. Malang buat DAP kerana yang meninggalkan DAP itu terdiri daripada Wakil-wakil Rakyat. Manakala yang menyertai DAP pula ialah seorang manusia yang sudah hilang taringnya, atau dalam bahasa mudah ialah manusia yang tidak berguna lagi.

Penyertaan Zaid Ibrahim ke dalam DAP tidak mampu membutakan mata hati orang Melayu/islam untuk menyokong DAP. Ini kerana rata-rata orang Melayu mengenali Zaid Ibrahim bukanlah seorang Melayu dan Muslim yang baik.

Sebenarnya tindakan keluar parti oleh empat wakil rakyat DAP adalah sebuah perbuatan yang suci dan mulia. Perbuatan tersebut menepati Maqasid Syariah, walaupun pelakunya bukan Muslim.

Ini kerana tindakan keluar parti itu akan mengurangkan kekuatan penentang-penentang agama. Mungkin inilah balasan Allah kepada DAP yang lantang menentang hukum hudud dan pindaan RUU 355, dan campur tangan dalam urusan fatwa di Pulau Pinang.

Semoga Allah melaknat dan menghancurkan DAP. Semoga Zaid Ibrahim dan pemimpin serta ahli dan penyokong DAP yang beragama islam kembali ke pangkal jalan.


Sabtu, 11 Februari 2017

Untuk apa Ustaz Wan Ji mempertahankan penggunaan berus bulu babi.

Gambar Ustaz Wan Ji.


Ustaz PKR, Wan Ji semakin gila babi. Dia yang terkenal dengan program mengarut, Lepak Maqasid kini menggunakan alasan keterbukaan Fiqh untuk menyokong penjualan berus bulu babi. Bukan setakat berus tapi apa jua produk berasaskan kulit dan bulu babi seperti kasut, beg dan sebagainya.





Memang benar persoalan kenajisan babi adalah khilaf ulama. Benar terdapat ulama yang tidak menganggap babi sebagai najis mughallazah dan tak perlu disamak. Tapi Wan Ji perlu bercakap dalam konteks Malaysia yang majoriti umat islamnya bermazhab Syafie.

Wan Ji yang kononnya alim dalam ilmu Maqasid Syariah tapi malang sekali beliau jahil dalam ilmu Tafsir Al-Quran. Tidak pernahkah dia terjumpa kalam Allah yang menyeru agar umat Islam mentaati Allah dan Rasul serta Ulil Amri.

Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah ketaatan mutlak, manakala ketaatan kepada Ulil Amri adalah ketaatan yang ada had dan kadarnya. Ulil Amri ialah ulama dan Umara'. Selagi mana seruan dan arahan Ulil Amri itu tidak menjurus kepada perkara mungkar dan maksiat maka ia wajib ditaati dan dipatuhi. Larangan penggunaan produk berasaskan babi adalah larangan yang baik, antaranya ialah untuk mengelakkan kecelaruan dan perpecahan umat islam di Malaysia, jadi ia wajib ditaati.  Malang sekali, Wan Ji yang mendabik dada sebagai wira Maqasid Syariah Malaysia gagal memahami perkara semudah ini.

Ini semua bukanlah kerana keterbukaan fiqh, tetapi semata-mata ingin menarik sokongan dan undi masyarakat bukan islam, terutamanya orang Cina pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Umat islam di Malaysia usahlah hairan jika mendengar fatwa-fatwa yang aneh daripada ulama-ulama PKR. Ini disebabkan mereka telah dididik dengan fahaman islam liberal oleh Institut Kajian Dasar(IKD), iaitu sebuah badan pemikir atau think tank yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim.

P/S: wahai Dr Muhammad Nur Manuty dan  Dato' Dr. Siddiq Fadzil tolonglah tarbiahkan ahli-ahli PKR. Tolong jangan biarkan geng-geng islam liberal bermaharajalela dalam parti kamu.

Rabu, 8 Februari 2017

Demi dedak dari DAP, macai PAN sanggup mempertikaikan Allah dan Rasul


Hebat sungguh tarbiah yang DAP berikan kepada ahli-ahli dan penyokong Parti Amanah Negara atau PAN. Lebih kurang malah mungkin lebih hebat daripada tarbiah yang diberikan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) kepada anggota dan kepimpinan Rejimen ke 10 yang rata ritinya berbangsa Melayu dan beragama islam. Mungkinkah DAP sedang melakukan perkara yang sama seperti PKM.  Cuma dedak PKM tentulah tidak selazat dedak DAP, maklumlah mereka berjuang di dalam hutan belantara dan akhirnya di sempadan Malaysia dan Thailand.

Berdasarkan pandangan bodoh makhluk bernama Mustafa Yunos, ternyata dedak yang ditabur oleh DAP adalah dedak berperisa babi hutan.

Lihatlah betapa jahil dan tetpesognya pemikiran macai PAN ini.
Cadangannya untuk memperkasakan Mahkamah Syariah memang satu cadangan yang bagus. Tapi ayat terakhirnya itu adalah satu bentuk penghinaan dan persendaan terhadap Allah dan Rasul.

Baca betul-betul tulisannya di bawah.

Bagaimana memperkasakan mahkamah syariah dengan memperuntukkan hukuman yg lebih berat hukuman dgn tujuan utk lebih menakut dan menggerunkan? Kemudian harapkan ahli2 Parlimen Islam dan bukan Islam menyokong dan mengundi utk menjadikannya undang2? Dlm keadaan gerun dan takut, bagaimana hendak mengharapkan masyarakat Islam dan bukan Islam menerimanya?

Berdasarkan tulisan ini, ternyata di mempertikaikan hukuman rejam, sebat, dan potong tangan terhadap pesalah hudud. Dia lupakah yang menetapkan hukuman sebegitu ialah Allah dan Rasulnya.

Lagi satu, macai PAN ini tidak faham realiti semasa dan perkembangan terbaru politik negara. Dia lupa hasrat PAS adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan bukannya melaksanakan hudud. Disebabkan perlaksanaan hudud amatlah mustahil pada masa ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia dan suasana yang tidak kondusif.

Jadi usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah amatlah murni walaupun ia tidak seratus peratus menepati tuntutan hudud.

Nah betapa hebatnya dedak berperisa babi hutan yang ditabur oleh DAP kepada macai PAN.


Ahad, 5 Februari 2017

Antara Pulau Batu Puteh dan Kuil Preah Vihear

Peta Pulau Batu Puteh

Pulau Batu Puteh adalah pulau yang menjadi rebutan antara  Malaysia dan Singapura. Namun, pertindihan tuntutan ini berakhir pada pada tahun 2008, apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) adalah hak milik Singapura.

Walaubagaimanapun pada 23.Mei. 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura. Namun, isu pertindihan ini tidak berakhir di situ, ini kerana ia kembali diperkatakan apabila Malaysia mendakwa menemui beberapa fakta baharu mengenai pulau tersebut dan memohon semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabansga (ICJ) .

Fakta tersebut merangkumi surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an.


Peta kedudukan Kuil Preah Vihear.


Isu yang melibatkan Kuil Preah Vihear juga amat menarik untuk diteliti. Kuil tersebut adalah sebuah kuil Hindu lama dari zaman Empayar Khmer lagi. Namun,  ia menjadi  rebutan antara Kemboja dan Thailand, lalu kedua-dua negara telah bersetuju untuk membawa kes ini ke ICJ.

Pada tahun 1962, ICJ telah memutuskan bahawa bangunan kuil tersebut di bawah kedaulatan kerajaan Kemboja. Namun, keputusan tersebut tidak dapat diterima dengan senang dan tenang oleh rakyat dan kerajaan Thailand.

Kemboja bertindak bijak dengan membenarkan rakyat Thai untuk melawat kuil tersebut tanpa prosedur imigresen yang rumit.

Walaupun begitu, ia tidak berjaya menamatkan konflik, kemuncaknya berlakulah pertempuran bersenjata pada tahun 2008 dan melarat sehingga 2011.

Akhirnya kes ini di buka semula di ICJ dan pada tahun 2013. Kesudahannya ICJ memutuskan kawasan di sekeliling dan di bawah kuil tersebut milik Kemboja dan meminta kerajaan Thai untuk mengeluarkan tentera mereka dari kawasan tersebut.

Kita bimbang, apa yang berlaku terhadap Kemboja dan Thailand turut berlaku terhadap Malaysia dan Singapura. Bimbang ia akan mengeruhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura, sekali gus menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia yang mencari rezeki di Singapura.

Selasa, 31 Januari 2017

Benarkah DAP anti Islam






Jangan tanya Mat Sabu, Khalid Samad dan sesiapa sahaja pemimpin PAN. Nanti mereka akan jawab tindakan DAP ini menepati Maqasid Syariah. 

Mungkin juga Mat Sabu akan menjawab, DAP bukannya menentang Islam tetapi ingin menjadikan Islam sebagai agama Rahmatan lil Alamin.


Isnin, 30 Januari 2017

KHALID SAMAD DAN AYAM.


KHALID SAMAD DAN AYAM.

Ini bukan kisah lelaki bernama Khalid jadi bapa ayam dan jual perempuan. Bukan juga pasal Pakcik Khalid a/l Samad jual ayam kat pasar malam. Tapi ini kisah makhluk bernama Khalid Samad dari Parti Amanah Negara(AMANAH) yang kini kontroversi dengan kisah 'sembah' dan 'puja' ayam.

Walaupun Khalid Samad menafikan, dan walaupun dia tidak sembah ayam, tapi usahlah terlebih Cina daripada cina. Usah mencampakkan diri ke lembah fitnah dengan melakukan perbuatan yang asing dari agama dan budaya.

Apa motifnya Khalid Samad berbuat demikian. Tentu sahaja untuk menagih undi daripada pengundi Cina. Dia amat sedar parti AMANAH adalah parti yang bertaraf melukut di tepian gantang. Dia sedar sokongan dari DAP dan undi Cina mampu menyelamatkan karier politiknya. Mungkin jika AMANAH berkubur, dia masih boleh bernafas dalam politik hasil belas ehsan DAP. Tidak mustahil Khalid Samad akan bertanding sebagai wakil DAP.

Inilah yang amat dikesali. Demi untuk menagih undi pungundi bukan Islam, ahli politik yang berbangsa Melayu dan Islam ini sanggup menjadi lebih Cina daripada cina.

Mungkin selepas ini akan ada yang sanggup jadi sami, paderi, atau lebih hebat dari itu sanggup jadi anjing dan babi. Segalanya mungkin bagi ahli politik yang tidak mementingkan agama, apatah lagi dari parti pengkhianat.

Khamis, 26 Januari 2017

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia(BKAP1M) adalah rasuah.



Walaupun saya anti Mahathir, saya saya bersetuju dengan dakwaannya BRIM adalah sejenis rasuah, atau lebih tepat lagi rasuah politik. Cuma, mungkin Tun Mahathir terlupa, selain BRIM, wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) juga adalah sebahagian daripada rasuah politik yang diamalkan oleh UMNO.

BKAP1M diperkenalkan oleh Dato' Seri Najib apabila beliau menjadi Perdana Menteri.

Secara zahirnya, BKAP1M amat baik kerana sedikit sebanyak ia mampu meringankan bebanan ibu bapa untuk mempersiapkan keperluan persekolahan anak-anaknya.

Namun, ia tetap mempunyai agenda tersembunyi, atau lebih tepat lagi ada udang di sebalik batu.

Agenda tersembunyi tersebut ialah untuk mengemis undi rakyat. Di Kelantan terutamanya, Majlis penyerahan wang bantuan tersebut penuh dengan tipu daya politik UMNO.

PPD dan Pengetua diwajibkan menjemput tokoh-tokoh  UMNO seperti Dato' Mustapha Muhammad, Dato' Awang Adik dan Ikmal. Mereka akan berkempen untuk memujuk dan merayu ibu bapa agar menyokong mereka dan UMNO.

Ibu bapa pula terpaksa mendengar ceramah mereka kerana pengagihan wang BKAP1M akan dilakukan selepas selesai ucapan penuh propaganda tokoh-tokoh UMNO tersebut.

Lagi malang apabila terdapat sesetengah ibu bapa yang beranggapan, wang BKAP1M sebanyak RM100.00 itu adalah pemberian tokoh-tokoh UMNO tersebut.

Begitulah hebatnya UMNO menabur dedak kepada rakyat hingga rakyat terlena kekenyangan dan tidak menyedari mereka bakal disembelih oleh UMNO.




Ahad, 22 Januari 2017

Akhirnya Tun Dr Mahathir menjadi pengkhianat agama dan bangsa



Tun Dr Mahathir semakin melampau. Tidak pernah terduga di dalam hati dan fikiran mana-mana orang-orang Melayu tentang tindakan gila dan jahat Tun Dr Mahathir demi meraih kuasa.

Tuan Dr Mahathir sanggup memperdagangkan nasib agama dan bangsa demi kepentingan politiknya.

Tun Mahathir yang dahulunya memandang keji dan hina terhadap DAP, namun kini bersetuju untuk melantik pemimpin DAP sebagai Timbalan Perdana Menteri andainya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke -14 nanti.

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ini, Ketuanan Melayu tertegak dengan utuh dan teguh. Pernah beberapa kali ia digugat, baik secara langsung dan tak langsung. Digugat secara langsung oleh penjajah seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun, dan secara tak langsung oleh Parti Komunis Malaya(PKM) dan beberapa buah parti pembangkang yang anti Melayu dan Islam, terutamanya parti DAP. Namun, Ketuanan Melayu tetap berdiri utuh dan teguh.

Tapi hari ini episod duka mula tercipta apabila Mantan Perdana Menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam sanggup melaburkan Ketuanan Melayu demi melunaskan dendam politiknya.

Sampai hati Tun Mahathir melakukan semua ini. Sampai hati Tun Mahathir mengkhianati agama dan bangsa.

Wahai Tun Mahathir, sebelum ajal menjemputmu kembalilah engkau ke pangkal jalan. Tolonglah tabur jasa kepada agama dan bangsa serta negara. Engkau yang dahulunya mengharumkan sejarah negara, tapi kini engkau jualah yang sedang merancang untuk menjahanamnya.

Wahai Tun Mahathir cukup-cukuplah berdendam kepada Dato' Seri Najib. Berdendamlah secara profesional, dan bukannya dendam kesumat hingga merugikan agama dan bangsa.

Rabu, 18 Januari 2017

Siti Kasim dan Tuan Anuwa, persamaan dalam mengejar populariti




Siapa tak kenal Siti Kassim, peguam rendah akhlak yang tiba-tiba terkenal kerana menunjukkan isyarat lucah ketika forum Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Shah Alam pada 5 September 2016.

Dia yang sebelum ini dikaitkan dengan gerakan Islam liberal dan penyokong LGBT. Dia juga cuba meraih perhatian dengan menjadi aktivis orang asli di Gua Musang. Tapi semua itu gagal menjadikannya popular. Namun, selepas insiden menunjuk isyarat jari tengah dalam forum tersebut, beliau tiba-tiba menjadi begitu popular. Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) juga mulai ghairah terhadapnya. Tidak hairanlah akhirnya Amanah dan Siti Kasim bertahalluf Siyasi menentang Kerajaan Negeri Kelantan




Jika Siti Kasim mencipta populariti melalui isyarat jari tengah, Tuan Anuwa Tuan Mat, seorang aktivis UMNO yang juga merupakan calon BN dalam Pengkalan Pasir ketika PRU13 juga turut menggunakan kaedah keji dan hina untuk meraih populariti.

Beliau yang juga seorang Ustaz dan suatu ketika dahulu sering kali diundang untuk menyampaikan ceramah agama terutamanya di Jeli. Namun, popularitinya merosot teruk gara-gara kuliahnya tidak bernilai ilmu dan amat membosankan. Jadi untuk mengembalikan populariti yang telah diragut itu, beliau telah bertindak kejam dan penuh kejahilan. 

Ketika seluruh negara mengangumi Mohd Faiz Subri yang menjadi pemain Malaysia dan Asia pertama memenangi Anugerah Puskas, namun tiba-tiba Tuan Anuwa menghasut orang ramai agar memberi Faiz Subri. Beliau menuduh Faiz Subri sebagai murtad kerana memakai pakaian berlambangkan salib. Padahal, semua itu adalah fitnah dan Faiz Subri tidak pernah sama sekali memakai salib atau pakaian berlambangkan salib.

Kepada pembaca, marilah kita doakan agar Tuan Anuwa dan Siti Kasim bertemu jodoh. insya Allah mereka mampu menjadi pasangan bahagia dan saling melengkapi.


Selasa, 17 Januari 2017

Tun Mahathir dan doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor.




Tun Mahathir yang dahulu bukanlah Tun Mahathir yang sekarang. Dahulu Tun Mahathir cukup garang, hari ini Tun Mahathir amat malang. Dahulu Tun Mahathir dipuji dan dipuja. Sekarang Tun Mahathir dikeji dan dicerca.

Siapa yang tak kenal dengan Tun Mahathir. Sekali dia mengaum, semua akan diam membisu. Raja-raja Melayu pun dijentiknya sesuka hati.

Tun Mahathir tidak sahaja terkenal kerana kejahilannya dalam hal ehwal agama, tetapi dia terkenal kerana zalim dan kejam. Tidak menghairankanlah apabila dia terkenal dengan gelaran Maha Firaun.

Dalam hal ehwal agama, kejahilan Tun Mahathir amat terserlah apabila beliau mempersendakan hukum menyimpan janggut dan bertudung dengan alasan itu adalah budaya Arab dan juga kerana ketiadaan teknologi pada zaman itu.

Beliau juga sering kali memperlekehkan hukum hudud hingga sanggup membuat lawak bodoh dengan mempelawa rakyat Malaysia ke Kelantan untuk makan sup tangan.

Kezaliman Tun Mahathir juga masih lagi menjadi igauan ngeri dalam sejarah negara. Beliaulah Perdana Menteri yang sering kali menjadikan ISA sebagai senjata utama untuk 'membunuh' musuh politik. Malah tangannya masih tersisa darah-darah para Syuhada Memali.

Itu kisah dahulu kala, kini Tun Mahathir sudah kehilangan bisanya. Tun Mahathir kini terbuang dan tersisih umpama kayu reput. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memanjangkan umur Tun Mahathir.

Ada mesej tersirat disebalik semua itu. Mungkin Allah ingin Tun Mahathir merasai sendiri betapa peritnya kezaliman, dan betapa seksanya tersisih dan terbuang umpama bangkai yang tiada apa-apa makna.

Saya teringat kembali doa-doa Almarhum, Dato' Ustaz Fadzil Noor. Bekas Presiden PAS itu mendoakan agar Tun Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

Doa Almarhum kini menjadi mulai makbul, ramalannya kini benar-benar berlaku. Kita tunggu dan lihat bagaimanakah kesudahannya nanti.

Hanya manusia-manusia yang buta dan pekak sahaja yang masih bersama Tun Mahathir, ini termasuklah anak bekas Mursyidul Am PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa, Mat Sabu dan Husam Musa.

Mereka terlalu ghairah ingin mendakap Putrajaya hingga mereka terlupa dosa dan pahala