Selasa, 31 Januari 2017
Isnin, 30 Januari 2017
KHALID SAMAD DAN AYAM.
KHALID SAMAD DAN AYAM.
Ini bukan kisah lelaki bernama Khalid jadi bapa ayam dan jual perempuan. Bukan juga pasal Pakcik Khalid a/l Samad jual ayam kat pasar malam. Tapi ini kisah makhluk bernama Khalid Samad dari Parti Amanah Negara(AMANAH) yang kini kontroversi dengan kisah 'sembah' dan 'puja' ayam.
Walaupun Khalid Samad menafikan, dan walaupun dia tidak sembah ayam, tapi usahlah terlebih Cina daripada cina. Usah mencampakkan diri ke lembah fitnah dengan melakukan perbuatan yang asing dari agama dan budaya.
Apa motifnya Khalid Samad berbuat demikian. Tentu sahaja untuk menagih undi daripada pengundi Cina. Dia amat sedar parti AMANAH adalah parti yang bertaraf melukut di tepian gantang. Dia sedar sokongan dari DAP dan undi Cina mampu menyelamatkan karier politiknya. Mungkin jika AMANAH berkubur, dia masih boleh bernafas dalam politik hasil belas ehsan DAP. Tidak mustahil Khalid Samad akan bertanding sebagai wakil DAP.
Inilah yang amat dikesali. Demi untuk menagih undi pungundi bukan Islam, ahli politik yang berbangsa Melayu dan Islam ini sanggup menjadi lebih Cina daripada cina.
Mungkin selepas ini akan ada yang sanggup jadi sami, paderi, atau lebih hebat dari itu sanggup jadi anjing dan babi. Segalanya mungkin bagi ahli politik yang tidak mementingkan agama, apatah lagi dari parti pengkhianat.
Khamis, 26 Januari 2017
Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia(BKAP1M) adalah rasuah.
Walaupun saya anti Mahathir, saya saya bersetuju dengan dakwaannya BRIM adalah sejenis rasuah, atau lebih tepat lagi rasuah politik. Cuma, mungkin Tun Mahathir terlupa, selain BRIM, wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) juga adalah sebahagian daripada rasuah politik yang diamalkan oleh UMNO.
BKAP1M diperkenalkan oleh Dato' Seri Najib apabila beliau menjadi Perdana Menteri.
Secara zahirnya, BKAP1M amat baik kerana sedikit sebanyak ia mampu meringankan bebanan ibu bapa untuk mempersiapkan keperluan persekolahan anak-anaknya.
Namun, ia tetap mempunyai agenda tersembunyi, atau lebih tepat lagi ada udang di sebalik batu.
Agenda tersembunyi tersebut ialah untuk mengemis undi rakyat. Di Kelantan terutamanya, Majlis penyerahan wang bantuan tersebut penuh dengan tipu daya politik UMNO.
PPD dan Pengetua diwajibkan menjemput tokoh-tokoh UMNO seperti Dato' Mustapha Muhammad, Dato' Awang Adik dan Ikmal. Mereka akan berkempen untuk memujuk dan merayu ibu bapa agar menyokong mereka dan UMNO.
Ibu bapa pula terpaksa mendengar ceramah mereka kerana pengagihan wang BKAP1M akan dilakukan selepas selesai ucapan penuh propaganda tokoh-tokoh UMNO tersebut.
Lagi malang apabila terdapat sesetengah ibu bapa yang beranggapan, wang BKAP1M sebanyak RM100.00 itu adalah pemberian tokoh-tokoh UMNO tersebut.
Begitulah hebatnya UMNO menabur dedak kepada rakyat hingga rakyat terlena kekenyangan dan tidak menyedari mereka bakal disembelih oleh UMNO.
Ahad, 22 Januari 2017
Akhirnya Tun Dr Mahathir menjadi pengkhianat agama dan bangsa
Tun Dr Mahathir semakin melampau. Tidak pernah terduga di dalam hati dan fikiran mana-mana orang-orang Melayu tentang tindakan gila dan jahat Tun Dr Mahathir demi meraih kuasa.
Tuan Dr Mahathir sanggup memperdagangkan nasib agama dan bangsa demi kepentingan politiknya.
Tun Mahathir yang dahulunya memandang keji dan hina terhadap DAP, namun kini bersetuju untuk melantik pemimpin DAP sebagai Timbalan Perdana Menteri andainya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke -14 nanti.
Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ini, Ketuanan Melayu tertegak dengan utuh dan teguh. Pernah beberapa kali ia digugat, baik secara langsung dan tak langsung. Digugat secara langsung oleh penjajah seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun, dan secara tak langsung oleh Parti Komunis Malaya(PKM) dan beberapa buah parti pembangkang yang anti Melayu dan Islam, terutamanya parti DAP. Namun, Ketuanan Melayu tetap berdiri utuh dan teguh.
Tapi hari ini episod duka mula tercipta apabila Mantan Perdana Menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam sanggup melaburkan Ketuanan Melayu demi melunaskan dendam politiknya.
Sampai hati Tun Mahathir melakukan semua ini. Sampai hati Tun Mahathir mengkhianati agama dan bangsa.
Wahai Tun Mahathir, sebelum ajal menjemputmu kembalilah engkau ke pangkal jalan. Tolonglah tabur jasa kepada agama dan bangsa serta negara. Engkau yang dahulunya mengharumkan sejarah negara, tapi kini engkau jualah yang sedang merancang untuk menjahanamnya.
Wahai Tun Mahathir cukup-cukuplah berdendam kepada Dato' Seri Najib. Berdendamlah secara profesional, dan bukannya dendam kesumat hingga merugikan agama dan bangsa.
Rabu, 18 Januari 2017
Siti Kasim dan Tuan Anuwa, persamaan dalam mengejar populariti
Siapa tak kenal Siti Kassim, peguam rendah akhlak yang tiba-tiba terkenal kerana menunjukkan isyarat lucah ketika forum Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Shah Alam pada 5 September 2016.
Dia yang sebelum ini dikaitkan dengan gerakan Islam liberal dan penyokong LGBT. Dia juga cuba meraih perhatian dengan menjadi aktivis orang asli di Gua Musang. Tapi semua itu gagal menjadikannya popular. Namun, selepas insiden menunjuk isyarat jari tengah dalam forum tersebut, beliau tiba-tiba menjadi begitu popular. Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) juga mulai ghairah terhadapnya. Tidak hairanlah akhirnya Amanah dan Siti Kasim bertahalluf Siyasi menentang Kerajaan Negeri Kelantan
Jika Siti Kasim mencipta populariti melalui isyarat jari tengah, Tuan Anuwa Tuan Mat, seorang aktivis UMNO yang juga merupakan calon BN dalam Pengkalan Pasir ketika PRU13 juga turut menggunakan kaedah keji dan hina untuk meraih populariti.
Beliau yang juga seorang Ustaz dan suatu ketika dahulu sering kali diundang untuk menyampaikan ceramah agama terutamanya di Jeli. Namun, popularitinya merosot teruk gara-gara kuliahnya tidak bernilai ilmu dan amat membosankan. Jadi untuk mengembalikan populariti yang telah diragut itu, beliau telah bertindak kejam dan penuh kejahilan.
Ketika seluruh negara mengangumi Mohd Faiz Subri yang menjadi pemain Malaysia dan Asia pertama memenangi Anugerah Puskas, namun tiba-tiba Tuan Anuwa menghasut orang ramai agar memberi Faiz Subri. Beliau menuduh Faiz Subri sebagai murtad kerana memakai pakaian berlambangkan salib. Padahal, semua itu adalah fitnah dan Faiz Subri tidak pernah sama sekali memakai salib atau pakaian berlambangkan salib.
Kepada pembaca, marilah kita doakan agar Tuan Anuwa dan Siti Kasim bertemu jodoh. insya Allah mereka mampu menjadi pasangan bahagia dan saling melengkapi.
Selasa, 17 Januari 2017
Tun Mahathir dan doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor.
Tun Mahathir yang dahulu bukanlah Tun Mahathir yang sekarang. Dahulu Tun Mahathir cukup garang, hari ini Tun Mahathir amat malang. Dahulu Tun Mahathir dipuji dan dipuja. Sekarang Tun Mahathir dikeji dan dicerca.
Siapa yang tak kenal dengan Tun Mahathir. Sekali dia mengaum, semua akan diam membisu. Raja-raja Melayu pun dijentiknya sesuka hati.
Tun Mahathir tidak sahaja terkenal kerana kejahilannya dalam hal ehwal agama, tetapi dia terkenal kerana zalim dan kejam. Tidak menghairankanlah apabila dia terkenal dengan gelaran Maha Firaun.
Dalam hal ehwal agama, kejahilan Tun Mahathir amat terserlah apabila beliau mempersendakan hukum menyimpan janggut dan bertudung dengan alasan itu adalah budaya Arab dan juga kerana ketiadaan teknologi pada zaman itu.
Beliau juga sering kali memperlekehkan hukum hudud hingga sanggup membuat lawak bodoh dengan mempelawa rakyat Malaysia ke Kelantan untuk makan sup tangan.
Kezaliman Tun Mahathir juga masih lagi menjadi igauan ngeri dalam sejarah negara. Beliaulah Perdana Menteri yang sering kali menjadikan ISA sebagai senjata utama untuk 'membunuh' musuh politik. Malah tangannya masih tersisa darah-darah para Syuhada Memali.
Itu kisah dahulu kala, kini Tun Mahathir sudah kehilangan bisanya. Tun Mahathir kini terbuang dan tersisih umpama kayu reput. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memanjangkan umur Tun Mahathir.
Ada mesej tersirat disebalik semua itu. Mungkin Allah ingin Tun Mahathir merasai sendiri betapa peritnya kezaliman, dan betapa seksanya tersisih dan terbuang umpama bangkai yang tiada apa-apa makna.
Saya teringat kembali doa-doa Almarhum, Dato' Ustaz Fadzil Noor. Bekas Presiden PAS itu mendoakan agar Tun Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.
Doa Almarhum kini menjadi mulai makbul, ramalannya kini benar-benar berlaku. Kita tunggu dan lihat bagaimanakah kesudahannya nanti.
Hanya manusia-manusia yang buta dan pekak sahaja yang masih bersama Tun Mahathir, ini termasuklah anak bekas Mursyidul Am PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa, Mat Sabu dan Husam Musa.
Mereka terlalu ghairah ingin mendakap Putrajaya hingga mereka terlupa dosa dan pahala
Langgan:
Catatan (Atom)






