Sabtu, 29 April 2017

Mengapa Exco PAS Selangor tidak perlu letak jawatan andainya PAS putus hubungan dengan PKR.





Macai-macai Pakatan Harapan terutamanya budak-budak hingusan dari PKR dan PAN mula menyalak tak tentu pasal tentang kedudukan Yang Berhormat daripada PAS dalam exco Selangor. Saya tertarik dengan hujah Faiz al-Hajari di Facebooknya tentang situasi ini.

Hujah pertama.

Negeri Selangor dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT, bukan Pakatan Harapan. Pakatan Rakyat terdiri drpd Pas, Pkr dan Dap. Pas TIDAK PERNAH tinggalkan Pakatan Rakyat, sebaliknya Dap yg kelam kabut pi umum "Pakatan Rakyat sudah tiada lagi..." so kenapa pulak Pas kena tinggalkan kerajaan negeri Selangor?

Hujah kedua

Sepatutnya para pimpinan Pan yg melompat daripada Pas itulah yg patut letak jawatan selaku ADUN atau MP memandangkan mereka menang kerusi tu dulu guna bendera Pas, guna duit Pas dan guna jentera Pas. Betul?

Hujah ketiga.

jika alasan klasik mereka "kami x perlu letak jawatan sbb kerusi tu dimenangi atas nama PR", maka hujah point 1 aku itu tergunapakai. Kerajaan Selangor dimenangi atas nama PR, bukan PH. Jika masih berdegil jugak, sila bubar DUN Selangor sekarang dan adakan PRN. Kita tgk rakyat nak bg mandat ke PH sungguh ke x.

Ulasan Halim Saufi.
PKR sila pergi mampus.

Jumaat, 21 April 2017

Mufti Perlis, Dr. Asri menghina agama Hindu.



Siapa tak kenal dengan Dr. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA. Selain menjawat jawatan sebagai Mufti Perlis, beliau adalah antara pakar hadis di Malaysia, dan berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Tapi sungguh tidak disangka dan sangat tidak diduga, Mufti yang dianggap paling bijaksana ini rupanya terlalu mudah ditakluki emosi. Saya tertanya-tanya, susah hilangkan kewarasan Dr. Asri atau beliau begitu mudah ditewaskan oleh emosi.
Pembaca boleh nilai sendiri tulisan Dr. Asri yang racis dan penuh penghinaan terhadap agama Hindu ini.

..apabila yang mempertuhankan lembu bersatu.. 
lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..

mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..
pembakar wanita janda..di benua sana..
ajaran yang mengkastakan manusia..
sedih, sehingga ada yang dipanggil paria..

wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa..
betapa menghina insan sesama..
di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada.. 

berpakat mereka membuat angkara..
kita tidak boleh berdiam bahasa..
toleransi dan kesabaran ada hadnya..



Tidakkah Dr. MAZA beriman dengan ayat Allah ini.




Sebagaimana Dr MAZA,  majoriti umat islam di Malaysia kecuali Siti Kasim dan Aishah Abdul Jalil amat berterima kasih kepada Dr Zakir Naik. Dakwahnya berjaya memperkenalkan islam dengan lebih tepat dan menyebabkan ramai anggota masyarakat termasuklah golongan bukan Islam ingin mengenali dan mengkaji ajaran Islam.

Menjadi lumrah, sesiapa sahaja yang ingin membawa ajaran Islam pasti sahaja akan ada halangan yang datang. Pasti ada musuh yang tidak menyenangi. Dalam konteks dakwah Dr Zakir Naik, kita dapati Hindraf dan kumpulan Islam liberal seperti Siti Kasim adalah penghalang dakwah Dr Zakir Naik di Malaysia. Terbaru pula ialah kerajaan India memohon agar Dr Zakir Naik diserahkan kepada India untuk dibicarakan.

Walaupun kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan India itu, namun kita perlu matang dalam berfikir dan bertindak. Umpama menarik rambut di dalam tepung, perlu hati-hati dan perlu teliti.

Amat dikesali tindak tanduk Dr Asri tak ubah seperti budak hingusan dan jauh sekali menyalahi etika ilmu.

Saya tertanya-tanya adakah Dr. Asri ini hanya mahir dalam ilmu hadis tapi jahil dalam ilmu sirah dan Al-Quran.

Dr. Asri perlu belajar dan hayati ayat Al-Quran, surah Al An’am, ayat 108

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata: “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.

Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya “Tafsir Al-Quranil Azim (Jilid 2, m/s 262)”: “Allah melarang Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman daripada menghina sembahan orang-orang musyrikin, walaupun ada kepentingannya, sekiranya kemudharatan lebih besar, iaitu tindakbalas orang kafir yang akan menghina Allah S.W.T.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s 327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasulnya”.

Dr. Asri perlu belajar dari Sirah Rasulullah SAW.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dahulu pernah disakiti dan dicela oleh orang-orang musyrik. Lalu bagaimanakah sikap beliau? Beliau bersabar. Lihatlah bagaimanakah kisah beliau ketika disakiti oleh penduduk Thoif saat beliau mendakwahi mereka. Beliau kala itu bersabar.

Kepada Mufti Perlis, Dr.Asri Zainul Abidin tolonglah jangan bermain dengan api perkauman. Tidak sepatutnya golongan yang berpendidikan seperti kamu mengeluarkan kenyataan yang sebegini biadap.



Selasa, 4 April 2017

Akta 164 menodai kesucian Islam.




Akta 164 menodai kesucian Islam.

Jumhur ulama silam termasuklah dikalangan Mazhab Syafie, Hanbali serta Hanafi sendiri telah menetapkan secara jelas akan isu ini bahawa anak tersebut akan mengikut agama ibu atau bapa mereka apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam. Ianya adalah satu pandangan hasil menifestasi aqidah yang benar bahawa kedudukan Islam itu adalah yang tertinggi berbanding lain.

Hinggakan ulama terdahulu telah menyimpulkan isu ini dalam satu kaedah fiqh yang jelas:

الولد يتبع خير الأبوين ديu

“anak akan mengikut agama yang terbaik dikalangan ibu bapa mereka”

Sebab itulah apabila suami isteri itu penyembah berhala kemudian salah seorang memeluk agama Kristian maka anak tersebut akan mengikut agamanya kerana agama samawi adalah lebih baik berbanding menyembah berhala. Begitu juga apabila salah seorang memeluk agama Islam, sudah tentu anak tersebut akan turut memeluk agama Islam kerana Islam adalah sebaik-baik agama dan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah swt:

Bahkan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2009 sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa agama anak adalah Islam apabila salah seorang ibu bapa menganut Islam. Kenyataan tersebut menyebut:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam, Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.”

http://muis.org.my/2017/03/ruu-akta-164-masa-depan-anak-umat-islam-dipertaruhkan/

P/S:  Nanti geng-geng Maqasid akan bertanya, siapalah ulama silam seperti Imam Syafie, Imam Maliki,Imam Hanbali dan Imam Hanafi. Mereka bukannya ada PhD hadis macam Dr MAZA dan Dr. Rozaimi. Mereka tak bijak Maqasid Syariah seperti Ustaz Wan Ji. Mereka tak faham Rahmatan Lil'Alamiin seperti Khalid Samad.