Khamis, 26 Januari 2017

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia(BKAP1M) adalah rasuah.



Walaupun saya anti Mahathir, saya saya bersetuju dengan dakwaannya BRIM adalah sejenis rasuah, atau lebih tepat lagi rasuah politik. Cuma, mungkin Tun Mahathir terlupa, selain BRIM, wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) juga adalah sebahagian daripada rasuah politik yang diamalkan oleh UMNO.

BKAP1M diperkenalkan oleh Dato' Seri Najib apabila beliau menjadi Perdana Menteri.

Secara zahirnya, BKAP1M amat baik kerana sedikit sebanyak ia mampu meringankan bebanan ibu bapa untuk mempersiapkan keperluan persekolahan anak-anaknya.

Namun, ia tetap mempunyai agenda tersembunyi, atau lebih tepat lagi ada udang di sebalik batu.

Agenda tersembunyi tersebut ialah untuk mengemis undi rakyat. Di Kelantan terutamanya, Majlis penyerahan wang bantuan tersebut penuh dengan tipu daya politik UMNO.

PPD dan Pengetua diwajibkan menjemput tokoh-tokoh  UMNO seperti Dato' Mustapha Muhammad, Dato' Awang Adik dan Ikmal. Mereka akan berkempen untuk memujuk dan merayu ibu bapa agar menyokong mereka dan UMNO.

Ibu bapa pula terpaksa mendengar ceramah mereka kerana pengagihan wang BKAP1M akan dilakukan selepas selesai ucapan penuh propaganda tokoh-tokoh UMNO tersebut.

Lagi malang apabila terdapat sesetengah ibu bapa yang beranggapan, wang BKAP1M sebanyak RM100.00 itu adalah pemberian tokoh-tokoh UMNO tersebut.

Begitulah hebatnya UMNO menabur dedak kepada rakyat hingga rakyat terlena kekenyangan dan tidak menyedari mereka bakal disembelih oleh UMNO.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan