Akta 164 menodai kesucian Islam.
Jumhur ulama silam termasuklah dikalangan Mazhab Syafie, Hanbali serta Hanafi sendiri telah menetapkan secara jelas akan isu ini bahawa anak tersebut akan mengikut agama ibu atau bapa mereka apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam. Ianya adalah satu pandangan hasil menifestasi aqidah yang benar bahawa kedudukan Islam itu adalah yang tertinggi berbanding lain.
Hinggakan ulama terdahulu telah menyimpulkan isu ini dalam satu kaedah fiqh yang jelas:
الولد يتبع خير الأبوين ديu
“anak akan mengikut agama yang terbaik dikalangan ibu bapa mereka”
Sebab itulah apabila suami isteri itu penyembah berhala kemudian salah seorang memeluk agama Kristian maka anak tersebut akan mengikut agamanya kerana agama samawi adalah lebih baik berbanding menyembah berhala. Begitu juga apabila salah seorang memeluk agama Islam, sudah tentu anak tersebut akan turut memeluk agama Islam kerana Islam adalah sebaik-baik agama dan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah swt:
Bahkan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2009 sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa agama anak adalah Islam apabila salah seorang ibu bapa menganut Islam. Kenyataan tersebut menyebut:
“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam, Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.”
http://muis.org.my/2017/03/ruu-akta-164-masa-depan-anak-umat-islam-dipertaruhkan/
P/S: Nanti geng-geng Maqasid akan bertanya, siapalah ulama silam seperti Imam Syafie, Imam Maliki,Imam Hanbali dan Imam Hanafi. Mereka bukannya ada PhD hadis macam Dr MAZA dan Dr. Rozaimi. Mereka tak bijak Maqasid Syariah seperti Ustaz Wan Ji. Mereka tak faham Rahmatan Lil'Alamiin seperti Khalid Samad.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan