![]() |
| Gambar Ustaz Wan Ji. |
Ustaz PKR, Wan Ji semakin gila babi. Dia yang terkenal dengan program mengarut, Lepak Maqasid kini menggunakan alasan keterbukaan Fiqh untuk menyokong penjualan berus bulu babi. Bukan setakat berus tapi apa jua produk berasaskan kulit dan bulu babi seperti kasut, beg dan sebagainya.
Memang benar persoalan kenajisan babi adalah khilaf ulama. Benar terdapat ulama yang tidak menganggap babi sebagai najis mughallazah dan tak perlu disamak. Tapi Wan Ji perlu bercakap dalam konteks Malaysia yang majoriti umat islamnya bermazhab Syafie.
Wan Ji yang kononnya alim dalam ilmu Maqasid Syariah tapi malang sekali beliau jahil dalam ilmu Tafsir Al-Quran. Tidak pernahkah dia terjumpa kalam Allah yang menyeru agar umat Islam mentaati Allah dan Rasul serta Ulil Amri.
Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah ketaatan mutlak, manakala ketaatan kepada Ulil Amri adalah ketaatan yang ada had dan kadarnya. Ulil Amri ialah ulama dan Umara'. Selagi mana seruan dan arahan Ulil Amri itu tidak menjurus kepada perkara mungkar dan maksiat maka ia wajib ditaati dan dipatuhi. Larangan penggunaan produk berasaskan babi adalah larangan yang baik, antaranya ialah untuk mengelakkan kecelaruan dan perpecahan umat islam di Malaysia, jadi ia wajib ditaati. Malang sekali, Wan Ji yang mendabik dada sebagai wira Maqasid Syariah Malaysia gagal memahami perkara semudah ini.
Ini semua bukanlah kerana keterbukaan fiqh, tetapi semata-mata ingin menarik sokongan dan undi masyarakat bukan islam, terutamanya orang Cina pada pilihanraya umum ke 14 nanti.
Umat islam di Malaysia usahlah hairan jika mendengar fatwa-fatwa yang aneh daripada ulama-ulama PKR. Ini disebabkan mereka telah dididik dengan fahaman islam liberal oleh Institut Kajian Dasar(IKD), iaitu sebuah badan pemikir atau think tank yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim.
P/S: wahai Dr Muhammad Nur Manuty dan Dato' Dr. Siddiq Fadzil tolonglah tarbiahkan ahli-ahli PKR. Tolong jangan biarkan geng-geng islam liberal bermaharajalela dalam parti kamu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan