Isnin, 27 Mac 2017

Stevia Palsu, senarai syarikat dan produk yang terbabit perlu didedahkan.



Semalam Berita Harian menyiarkan berita mengenai lambakan produk Stevia palsu yang kini menguasai pasaran negara.

Mengikut laporan tersebut, hasil kajian makmal terhadap 10 sampel produk stevia yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati produk tersebut langsung tidak mengandungi ekstrak Stevia, sebaliknya hanyalah kombinasi bahan kimia bahaya dan memudaratkan kesihatan.

Akibatnya ramai pengguna stevia diburu kerisauan dan kebimbangan. Mereka tertanya-tanya syarikat manakah yang terlibat dan jenama manakah yang dimaksudkan.

Hingga ke saat ini tanda tanya tersebut masih lagi menyelubungi pengguna. Mereka menuntut agar pihak yang terbabit melakukan kajian ini, iaitu UTHM dan UPM mengumumkan senarai produk stevia palsu tersebut.

"Hairan juga mengapa ia masih dirahsiakan sedangkan ia terbukti membawa mudarat kepada pengguna. Atau adakah ada agenda tertentu di sebalik semua ini ?" Demikianlah yang ditulis oleh seorang kenalan saya di laman Facebooknya. Beliau tidak hanya pengguna malah salah seorang pengedar produk pemanis Stevia RCC.

Pandangan Peribadi Saya.

Selagi senarai syarikat dan Stevia palsu tersebut tidak didedahkan maka selagi itulah kekal misteri. Langkah terbaik untuk masa ini ialah dengan menghindari semua produk berasaskan stevia hinggalah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Itulah langkah yang terbaik untuk kesejahteraan hidup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan