Selasa, 21 Februari 2017
Perbezaan antara Himpunan RUU dengan Himpunan Bersih.
Pada 18. Februari. 2017, buat julung kalinya dalam sejarah diadakan Himpunan RUU 355(H355). Himpunan tersebut bertujuan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
H355 yang di adakan di Padang Merbok pada hari Sabtu lepas dihadiri ratusan ribu peserta. Mereka adalah manusia-manusia yang ikhlas ingin memperkasakan undang-undang Syariah dan memartabatkan islam di bumi Malaysia.
Berikut adalah perbezaan utama antara Himpunan RUU dengan Himpunan Bersih terutamanya Bersih 5.
Matlamat
Himpunan RUU diadakan dengan matlamat untuk memperkasakan undang-undang Syariah dan memartabatkan islam. Puluhan malah mungkin ratusan ribu yang hadir tempoh hari adalah pejuang-pejuang agama yang ikhlas berjuang untuk melihat islam dimartabatkan di Malaysia.
Berbeza sekali dengan Himpunan Bersih. Ia diadakan. Untuk memperkasakan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mat Sabu, serta untuk memartabatkan Pakatan Harapan. Mereka mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi dan parti mereka sahaja.
Pergaulan dan percampuran.
Himpunan RUU juga dikendalikan dalam keadaan cukup islamik. Meskipun pengasingan peserta lelaki dan wanita tidak berlaku secara total, namun yang penting ia tidak dicemari oleh maksiat. Ini kerana setiap peserta yang hadir telah membulatkan nekad untuk memartabatkan undang-undang Syariah.
Manakala dalam Perhimpunan Bersih pergaulan antara peserta lelaki dan perempuan dibiarkan bebas sebebasnya. Malah dalam Bersih 5.0, Presiden Amanah, Mat Sabu telah dikenalpasti berkelakuan tidak senonoh iaitu bergambar dalam keadaan bersedap-sedapan dengan seorang peserta perempuan berbangsa cina yang seksi dan jelita. Itu yang jelas di hadapan mata, tentang keadaan atau pergaulan bebas yang terlepas dari lensa kamera, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Penganjur.
Dari segi penganjuran pula, Himpunan RUU dianjurkan oleh golongan Ulama dan pencinta islam. Ia dianjurkan oleh PAS dan turut disertai oleh NGO-NGO islam yang benar-benar mencintai islam. Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Tuan Guru Haji Hadi Awang, Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ustaz Azhar Idrus adalah antara ulama yang terlibat dalam Himpunan RUU.
Berbeza sekali dengan Himpunan Bersih. Ia turut dianjurkan oleh musuh-musuh agama yang sesat dan menyeleweng. Golongan yang memperjuangkan LGBT, seks bebas, islam liberal dan pluralisme telah bersatu menganjurkan perhimpunan Bersih.
Tingkahlaku Peserta.
Peserta Himpunan RUU juga terdiri daripada insan-insan yang sopan santun. Ini kerana mereka adalah pencinta syariah. Sepanjang perhimpunan berlangsung tiada gambar mana-mana tokoh yang dipijak, dan tiada apa-apa kerosakan yang dilakukan terhadap harta benda awam.
Ia berbeza sekali dengan Himpunan Bersih di mana peserta bukan Melayu telah melakukan perbuatan hina dan keji, sehina dan sekeji binatang. Peserta Bersih sanggup memijak gambar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Harta benda awam turut dimusnahkan. Zalim dan kejam sekali peserta Bersih.
Kepada peserta Himpunan RUU, saya ucapkan tahniah kerana kesanggupan anda mengorbankan masa dan wang ringgit demi islam yang tercinta. Manakala kepada peserta Himpunan Bersih, takziah saya ucapkan kerana anda telah dibinatangkan oleh Lim Kit Siang dan konco-konconya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan