Siapa tak kenal dengan Dr. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA. Selain menjawat jawatan sebagai Mufti Perlis, beliau adalah antara pakar hadis di Malaysia, dan berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).
Tapi sungguh tidak disangka dan sangat tidak diduga, Mufti yang dianggap paling bijaksana ini rupanya terlalu mudah ditakluki emosi. Saya tertanya-tanya, susah hilangkan kewarasan Dr. Asri atau beliau begitu mudah ditewaskan oleh emosi.
Pembaca boleh nilai sendiri tulisan Dr. Asri yang racis dan penuh penghinaan terhadap agama Hindu ini.
..apabila yang mempertuhankan lembu bersatu..
lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..
mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..
pembakar wanita janda..di benua sana..
ajaran yang mengkastakan manusia..
sedih, sehingga ada yang dipanggil paria..
wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa..
betapa menghina insan sesama..
di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada..
berpakat mereka membuat angkara..
kita tidak boleh berdiam bahasa..
toleransi dan kesabaran ada hadnya..
![]() |
| Tidakkah Dr. MAZA beriman dengan ayat Allah ini. |
Sebagaimana Dr MAZA, majoriti umat islam di Malaysia kecuali Siti Kasim dan Aishah Abdul Jalil amat berterima kasih kepada Dr Zakir Naik. Dakwahnya berjaya memperkenalkan islam dengan lebih tepat dan menyebabkan ramai anggota masyarakat termasuklah golongan bukan Islam ingin mengenali dan mengkaji ajaran Islam.
Menjadi lumrah, sesiapa sahaja yang ingin membawa ajaran Islam pasti sahaja akan ada halangan yang datang. Pasti ada musuh yang tidak menyenangi. Dalam konteks dakwah Dr Zakir Naik, kita dapati Hindraf dan kumpulan Islam liberal seperti Siti Kasim adalah penghalang dakwah Dr Zakir Naik di Malaysia. Terbaru pula ialah kerajaan India memohon agar Dr Zakir Naik diserahkan kepada India untuk dibicarakan.
Walaupun kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan India itu, namun kita perlu matang dalam berfikir dan bertindak. Umpama menarik rambut di dalam tepung, perlu hati-hati dan perlu teliti.
Amat dikesali tindak tanduk Dr Asri tak ubah seperti budak hingusan dan jauh sekali menyalahi etika ilmu.
Saya tertanya-tanya adakah Dr. Asri ini hanya mahir dalam ilmu hadis tapi jahil dalam ilmu sirah dan Al-Quran.
Dr. Asri perlu belajar dan hayati ayat Al-Quran, surah Al An’am, ayat 108
As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata: “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.
Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.
As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!
Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya “Tafsir Al-Quranil Azim (Jilid 2, m/s 262)”: “Allah melarang Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman daripada menghina sembahan orang-orang musyrikin, walaupun ada kepentingannya, sekiranya kemudharatan lebih besar, iaitu tindakbalas orang kafir yang akan menghina Allah S.W.T.
Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s 327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasulnya”.
Dr. Asri perlu belajar dari Sirah Rasulullah SAW.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dahulu pernah disakiti dan dicela oleh orang-orang musyrik. Lalu bagaimanakah sikap beliau? Beliau bersabar. Lihatlah bagaimanakah kisah beliau ketika disakiti oleh penduduk Thoif saat beliau mendakwahi mereka. Beliau kala itu bersabar.
Kepada Mufti Perlis, Dr.Asri Zainul Abidin tolonglah jangan bermain dengan api perkauman. Tidak sepatutnya golongan yang berpendidikan seperti kamu mengeluarkan kenyataan yang sebegini biadap.


penghinaan terhadap agama Hindu ini yang mana ?
BalasPadam1.Mempertuhankan Lembu salah ke ?
2.Salah ke tiada menyeru agar pendakwah kita (Zakir Naik) dibelenggu..mahu diserahkan kepada kerajaan zalim (India) ?
3.Tak betul ke - menyembah api dan penganut sati.. pembakar wanita janda..di benua sana.(India)
4.Tak betul ke - ajaran yang mengkastakan manusia.. sedih, sehingga ada yang dipanggil paria..wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa..betapa menghina insan sesama..di sini(Malaysia) pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada..
4.berpakat mereka membuat angkara..kita tidak boleh berdiam bahasa..toleransi dan kesabaran ada hadnya.. adakah ini menghina ?
Isunya kita diharamka menghina agama orang dan bukannya soal betul atau tidak mereka itu mensucikan lembu.
BalasPadam