Selasa, 17 Januari 2017

Tun Mahathir dan doa Al-Marhum Dato' Ustaz Fadzil Noor.




Tun Mahathir yang dahulu bukanlah Tun Mahathir yang sekarang. Dahulu Tun Mahathir cukup garang, hari ini Tun Mahathir amat malang. Dahulu Tun Mahathir dipuji dan dipuja. Sekarang Tun Mahathir dikeji dan dicerca.

Siapa yang tak kenal dengan Tun Mahathir. Sekali dia mengaum, semua akan diam membisu. Raja-raja Melayu pun dijentiknya sesuka hati.

Tun Mahathir tidak sahaja terkenal kerana kejahilannya dalam hal ehwal agama, tetapi dia terkenal kerana zalim dan kejam. Tidak menghairankanlah apabila dia terkenal dengan gelaran Maha Firaun.

Dalam hal ehwal agama, kejahilan Tun Mahathir amat terserlah apabila beliau mempersendakan hukum menyimpan janggut dan bertudung dengan alasan itu adalah budaya Arab dan juga kerana ketiadaan teknologi pada zaman itu.

Beliau juga sering kali memperlekehkan hukum hudud hingga sanggup membuat lawak bodoh dengan mempelawa rakyat Malaysia ke Kelantan untuk makan sup tangan.

Kezaliman Tun Mahathir juga masih lagi menjadi igauan ngeri dalam sejarah negara. Beliaulah Perdana Menteri yang sering kali menjadikan ISA sebagai senjata utama untuk 'membunuh' musuh politik. Malah tangannya masih tersisa darah-darah para Syuhada Memali.

Itu kisah dahulu kala, kini Tun Mahathir sudah kehilangan bisanya. Tun Mahathir kini terbuang dan tersisih umpama kayu reput. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memanjangkan umur Tun Mahathir.

Ada mesej tersirat disebalik semua itu. Mungkin Allah ingin Tun Mahathir merasai sendiri betapa peritnya kezaliman, dan betapa seksanya tersisih dan terbuang umpama bangkai yang tiada apa-apa makna.

Saya teringat kembali doa-doa Almarhum, Dato' Ustaz Fadzil Noor. Bekas Presiden PAS itu mendoakan agar Tun Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat kemusnahan yang telah dilakukannya sendiri.

Doa Almarhum kini menjadi mulai makbul, ramalannya kini benar-benar berlaku. Kita tunggu dan lihat bagaimanakah kesudahannya nanti.

Hanya manusia-manusia yang buta dan pekak sahaja yang masih bersama Tun Mahathir, ini termasuklah anak bekas Mursyidul Am PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa, Mat Sabu dan Husam Musa.

Mereka terlalu ghairah ingin mendakap Putrajaya hingga mereka terlupa dosa dan pahala



Tiada ulasan:

Catat Ulasan