Ahad, 5 Februari 2017

Antara Pulau Batu Puteh dan Kuil Preah Vihear

Peta Pulau Batu Puteh

Pulau Batu Puteh adalah pulau yang menjadi rebutan antara  Malaysia dan Singapura. Namun, pertindihan tuntutan ini berakhir pada pada tahun 2008, apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) adalah hak milik Singapura.

Walaubagaimanapun pada 23.Mei. 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura. Namun, isu pertindihan ini tidak berakhir di situ, ini kerana ia kembali diperkatakan apabila Malaysia mendakwa menemui beberapa fakta baharu mengenai pulau tersebut dan memohon semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabansga (ICJ) .

Fakta tersebut merangkumi surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an.


Peta kedudukan Kuil Preah Vihear.


Isu yang melibatkan Kuil Preah Vihear juga amat menarik untuk diteliti. Kuil tersebut adalah sebuah kuil Hindu lama dari zaman Empayar Khmer lagi. Namun,  ia menjadi  rebutan antara Kemboja dan Thailand, lalu kedua-dua negara telah bersetuju untuk membawa kes ini ke ICJ.

Pada tahun 1962, ICJ telah memutuskan bahawa bangunan kuil tersebut di bawah kedaulatan kerajaan Kemboja. Namun, keputusan tersebut tidak dapat diterima dengan senang dan tenang oleh rakyat dan kerajaan Thailand.

Kemboja bertindak bijak dengan membenarkan rakyat Thai untuk melawat kuil tersebut tanpa prosedur imigresen yang rumit.

Walaupun begitu, ia tidak berjaya menamatkan konflik, kemuncaknya berlakulah pertempuran bersenjata pada tahun 2008 dan melarat sehingga 2011.

Akhirnya kes ini di buka semula di ICJ dan pada tahun 2013. Kesudahannya ICJ memutuskan kawasan di sekeliling dan di bawah kuil tersebut milik Kemboja dan meminta kerajaan Thai untuk mengeluarkan tentera mereka dari kawasan tersebut.

Kita bimbang, apa yang berlaku terhadap Kemboja dan Thailand turut berlaku terhadap Malaysia dan Singapura. Bimbang ia akan mengeruhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura, sekali gus menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia yang mencari rezeki di Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan