Jumaat, 3 Mac 2017

Kisah cinta Siti Kassim dan PAN.




Hubungan yang terjalin antara Siti Kassim dengan Parti Amanah Negara(PAN) amatlah akrab. Bagaikan isi dengan kulit dan bagaikan aur dengan tebing. Malah, lebih dari itu sebenarnya.  Mereka bukan setakat bertahalluf Siyasi, tetapi lebih dari itu mereka bagaikan irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.

Mat Sabu sangat sayang sama Siti Kassim. Begitu juga dengan Husam Musa yang sangat memerlukan Siti Kassim. Atas dasar itu mereka bertahalluf Siyasi untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS. PAN dan Siti Kassim bersatu menghasut orang asli di Gua Musang.

Sehari dua ni seluruh Malaysia terkejut apabila Siti Kassim dan beberapa kumpulan aktivis dengan diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy telah memfailkan tuntutan mahkamah. Antara tuntutannya ialah agar Dr. Zakir Naik ditangkap dan diusir dari Malaysia.

Siti Kassim mendakwa pendekatan Dr. Zakir Naik menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Walaupun tindakan Siti Kassim ini dicemuh dan dikutuk majoriti umat islam di Malaysia, namun rakan tahalluf siyasinya iaitu PAN masih diam seribu bahasa. PAN pasti sahaja tidak ingin mengecewakan Siti Kassim dan tentu tidak ingin kehilangan sokongan dan bantuan dari Siti Kassim, sekurang-kurangnya untuk merampas Kelantan daripada PAS.

Kepada umat islam, terutamanya para pengundi islam, kalian perlu berwaspada selalu. Sedar dan insaflah PAN dan Siti Kassim bukannya tempat untuk kita bernaung dan bergantung harap. Mereka adalah musuh yang wajib diperangi dan dimusuhi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan