Isnin, 27 Mac 2017

Stevia Palsu, senarai syarikat dan produk yang terbabit perlu didedahkan.



Semalam Berita Harian menyiarkan berita mengenai lambakan produk Stevia palsu yang kini menguasai pasaran negara.

Mengikut laporan tersebut, hasil kajian makmal terhadap 10 sampel produk stevia yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati produk tersebut langsung tidak mengandungi ekstrak Stevia, sebaliknya hanyalah kombinasi bahan kimia bahaya dan memudaratkan kesihatan.

Akibatnya ramai pengguna stevia diburu kerisauan dan kebimbangan. Mereka tertanya-tanya syarikat manakah yang terlibat dan jenama manakah yang dimaksudkan.

Hingga ke saat ini tanda tanya tersebut masih lagi menyelubungi pengguna. Mereka menuntut agar pihak yang terbabit melakukan kajian ini, iaitu UTHM dan UPM mengumumkan senarai produk stevia palsu tersebut.

"Hairan juga mengapa ia masih dirahsiakan sedangkan ia terbukti membawa mudarat kepada pengguna. Atau adakah ada agenda tertentu di sebalik semua ini ?" Demikianlah yang ditulis oleh seorang kenalan saya di laman Facebooknya. Beliau tidak hanya pengguna malah salah seorang pengedar produk pemanis Stevia RCC.

Pandangan Peribadi Saya.

Selagi senarai syarikat dan Stevia palsu tersebut tidak didedahkan maka selagi itulah kekal misteri. Langkah terbaik untuk masa ini ialah dengan menghindari semua produk berasaskan stevia hinggalah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Itulah langkah yang terbaik untuk kesejahteraan hidup.


Isnin, 20 Mac 2017

Pesanan Ustaz Emran Ahmad kepada pemimpin Pakatan Harapan yang beragama Islam.

Pendakwah terkenal Ustaz Emran Ahmad menyuarakan kekecewannya terhadap ahli dan pucuk pimpinan Pakatan Harapan yang beragama islam. Ini kerana mereka semua meredhai dan merestui segala tindak tanduk pemimpin-pemimpim Non-Muslim dalam Pakatan Harapan demi meraih undi.  Pemimpin-pemimpin yang beragama islam dari PKR, PAN dan DAP lebih selesa membisukan mulut dan memekakkan telinga kerana mereka takut kehilangan sokongan daripada golongan bukan islam.





Sebagai contoh, Dr. Mariah Mahmud dari parti PAN pernah menyuarakan penentangan terhadap usaha atau cadangan untuk menaikan harga minuman keras atas alasan tindakan tersebut akan membebankan masyarakat bukan islam yang ingin bermabuk-mabukan. Malah beberapa tahun lepas, Dr. Mariah sanggup berkerja sama dengan Hindraf membantah Novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein.

Hari ini tindakan DAP campur tangan dalam urusan agama Islam termasuklah urusan Fatwa di Pulau Pinang turut direstui oleh puak-puak PAN atas alasan Maqasid Syariah.

Terbaharu cadangan DAP Sarawak yang ingin menghalang penempatan dan khidmat guru agama dari Semenanjung turut disokong oleh seorang Melayu Muslim dari DAP, iaitu Zulhazmi Shariff.

Kepada seluruh Muslimin dan Muslimat termasuklah rakan-rakan dari Pakatan Harapan tolonglah hayati luahan hati dan kekecewaan Ustaz Emran terhadap parti kamu. 

Teguran Ustaz Emran Ahmad.

Ahli PKR atau DAP yang muslim wajib menegur dan mengambil tindakan pada ahli mereka yang menghina Islam.

Penghinaan pada Islam dan susuk ajaran agama ini bukanlah sesuatu yang boleh dibiarkan atau bertolak ansur.

Non-Muslim yang melakukannya akan menjadi kafir harbi yang wajib diperangi dan dibunuh.

Dan kita tidak mahu ianya ianya sampai ke tahap itu.

Justeru kerajaan dan polis wajib mengambil tindakan sebelum berlaku huru-hara dalam negara dan ketegangan antara kaum akibat perbuatan ahli politik dan orang-orang bodoh yang tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka.





Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian selalu berolok-olok?.” Tidak usah kalian meminta maaf, kerana kalian telah kafir sesudah kalian beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kalian (lantaran mereka bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.” (At-Taubah: 65-66)

# Politik cara orang yang berakal dan berakhlak bukan politik cara orang yang terdesak dan miskin akhlak!

Pandangan Halim Saufi(HS)

Susah ni Ustaz Emran. Muslim2 dalam Pakatan Harapan dah lupa agama. Pemimpin2 Muslim dalam Pakatan Harapan hanya nak rampas Putrajaya. Ulama2 PAN dan PKR tidak kisah pun bila pemimpin Non Muslim dalam parti mereka hina Islam. Mereka akan anggap semua itu menepati Maqasid Syariah dan Rahmatan Lil'Alamiin.

Jumaat, 3 Mac 2017

Kisah cinta Siti Kassim dan PAN.




Hubungan yang terjalin antara Siti Kassim dengan Parti Amanah Negara(PAN) amatlah akrab. Bagaikan isi dengan kulit dan bagaikan aur dengan tebing. Malah, lebih dari itu sebenarnya.  Mereka bukan setakat bertahalluf Siyasi, tetapi lebih dari itu mereka bagaikan irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.

Mat Sabu sangat sayang sama Siti Kassim. Begitu juga dengan Husam Musa yang sangat memerlukan Siti Kassim. Atas dasar itu mereka bertahalluf Siyasi untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS. PAN dan Siti Kassim bersatu menghasut orang asli di Gua Musang.

Sehari dua ni seluruh Malaysia terkejut apabila Siti Kassim dan beberapa kumpulan aktivis dengan diketuai oleh Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy telah memfailkan tuntutan mahkamah. Antara tuntutannya ialah agar Dr. Zakir Naik ditangkap dan diusir dari Malaysia.

Siti Kassim mendakwa pendekatan Dr. Zakir Naik menggalakkan keganasan dan akan merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Walaupun tindakan Siti Kassim ini dicemuh dan dikutuk majoriti umat islam di Malaysia, namun rakan tahalluf siyasinya iaitu PAN masih diam seribu bahasa. PAN pasti sahaja tidak ingin mengecewakan Siti Kassim dan tentu tidak ingin kehilangan sokongan dan bantuan dari Siti Kassim, sekurang-kurangnya untuk merampas Kelantan daripada PAS.

Kepada umat islam, terutamanya para pengundi islam, kalian perlu berwaspada selalu. Sedar dan insaflah PAN dan Siti Kassim bukannya tempat untuk kita bernaung dan bergantung harap. Mereka adalah musuh yang wajib diperangi dan dimusuhi.