Jumaat, 3 November 2017

PAS Kelantan perlu hargai jasa Mat Sabu.




Benar Mat Sabu tidak lagi bersama PAS. Juga benar Mat Sabu yang kini memimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) mula memusuhi PAS dan berhasrat untuk menguburkan PAS dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Tapi PAS jangan lupa segala jasa dan pengorbanan Mat Sabu kepada PAS selama ini, baik PAS Kelantan mahupun PAS Pusat. 

Di peringkat Pusat, Mat Sabu pernah menjawat pelbagai jawatan penting dalam PAS. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau juga pernah menjadi Naib Presiden PAS dan paling penting Mat Sabu pernah menjawat jawatan kedua terpenting dalam PAS, iaitu Timbalan Presiden PAS.

Kepada PAS Kelantan pula kenanglah segala jasa Mat Sabu di Kelantan. Jangan sesekali dilupai Mat Sabu yang pernah menabur bakti sebagai Ahli Parlimen Nilam Puri dan Kubang Kerian. 

Tidak mengapa jika tidak diabadi namanya pada jalan seperti Jalan Tok Guru, atau pada Dewan seperti Dewan Zulkifli Muhammad, atau pada jambatan seperti Jambatan Tok Kenali.

Tapi sekurang-kurangnya abadikanlah nama Mat Sabu pada hotel. Tukarlah nama Hotel Perdana Kota Bharu kepada Hotel Mat Sabu. Apatah lagi hotel itu amat sinonim dengan Mat Sabu. Malah hotel itu jualah yang mempopularkan Mat Sabu.

NOTA TAMBAHAN.

Semasa menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau ditangkap 'khalwat' dengan isteri orang bernama 'Normah Abdul Halim' di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. 

Isnin, 22 Mei 2017

Surat terbuka kepada ahli dan penyokong PKR



Buat sahabat-sahabatku dari Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Kita semua tentu terkilan dan terharu dengan Majlis Syura Ulama( MSU)PAS yang bertindak terburu-buru memutuskan kerjasama politik atau Tahalluf Siyasi dengan PKR. Sungguh tidak matang keputusan badan tertinggi PAS itu.

Sahabatku dari PKR, sebagaimana kamu aku juga amat bersedih dengan keputusan tersebut, malah mungkin lebih dari itu. Luluh hatiku apabila memikirkan ranapnya harapan dan cita-cita kita yang ingin menawan Putrajaya dan menjadikan tokoh Reformasi yang kita sanjung, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Padahal semua itu dapat diterjemahkan sebagai kenyataan andainya PAS tidak tergesa-gesa membuat keputusan.


Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Biarlah PAS dengan keputusannya. Kita hormati keputusan parti islam itu. Cuma, kita kesal PAS hanya islam pada nama tapi tidak dari segi perlaksanaan. Hingga ke saat ini PAS masih berkeras ingin mengekalkan exconya dalam kerajaan negeri Selangor.

Tiga exco dari PAS, iaitu Zaidy Abdul Talib, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi sepatutnya meletak jawatan sebagai exco kerana parti mereka telah memutuskan kerjasama politik dengan PKR. Tapi mereka enggan, malah PAS tetap bernafsu terhadap jawatan tersebut.

Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Paling aku kesali pemimpin-pemimpin PAS telah mengheret institusi istana untuk mempertahankan jawatan exco tersebut. Mereka mendakwa hanya Sultan yang berkuasa melucutkan jawatan yang mereka pegang. Oh, degilnya PAS.



Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Kita perlu paksa, tiga orang exco PAS itu mengosongkan jawatan mereka. Tapi bagaimanakah caranya. Sudah puas pucuk pimpinan PKR memujuk tapi jawapannya amat menghampakan. Untuk menggunakan kekerasan, itu tidak mungkin kerana ia mencemarkan imej parti kita sekali gus merugikan PKR yang kita sayangi.

Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Aku memohon kepadamu setulus hati agar marilah kita mengkaji dan meneliti sejarah pilihan raya di negara Tongo. Sebuah negara yang tidak terkenal yang nun jauh di benua Afrika.

Kenapa Tongo?

Kerana ada pengajaran dan contoh tauladan yang boleh kita pelajari. Pernah pada suatu ketika, Presiden Tongo, Faure Gnassingbe tidak disenangi oleh sebahagian rakyat Tongo. Mereka mendesak agar Presiden Tongo itu meletak jawatan. Tapi malangnya, Faure Gnassingbe tetap berkeras ingin mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Tongo. Puas rakyat membenci dan puas rakyat membantah, namun ibarat mencurahkan air ke atas daun keladi. Sia-sia dan tidak mendatangkan hasil.

Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Tahukah sahabat-sahabatku semua apakah langkah seterusnya yang rakyat Tongo lakukan untuk mendesak Faure Gnassingbe meletak jawatan.

Mogok seks.. ya mogok seks.
Tahukah sahabatku para ahli dan penyokong PKR. Di sana rakyat telah mengadakan mogok seks untuk mendesak Faure Gnassingbe meletak jawatan. Mereka tidak menyentuh pasangan masing-masing, dan suami isteri saling melupakan perasaan cinta dan keghairahan demi perjuangan.

Wahabi sahabatku para ahli dan penyokong PKR.

Apa salahnya jika kita semua menjauhi seks untuk mendesak tiga orang exco dari PAS itu mengosongkan jawatan exco Selangor. Kita bukannya ingin menjauhi seks buat selama-lamanya seperti para sami dan paderi, tapi hanya seketika dan paling lama pun sehingga PRU ke 14.  Tapi aku amat yakin, andainya semua ahli dan penyokong PKR melakukan mogok seks, rakyat akan berpihak kepada kita dan akan membenci PAS. Jadi pada waktu itu, atas desakan rakyat seluruh Malaysia, malah mungkin mogok seks ini akan mendapat perhatian dunia, exco PAS akan meletakkan jawatannya secepat mungkin.

Sahabatku para ahli dan penyokong PKR yang disayangi.

Walaupun begitu mogok seks ini hanya akan berjaya andainya wukud kesepakatan antara semua ahli dan penyokong PKR seluruh negara. Lagi berkesan jika rakan-rakan dari Pakatan Harapan turut serta. Jom kita beritahu mereka tentang rancangan murni kita ini.

"Kalau takut hadapi risiko usah bicara soal perjuangan."


Sabtu, 29 April 2017

Mengapa Exco PAS Selangor tidak perlu letak jawatan andainya PAS putus hubungan dengan PKR.





Macai-macai Pakatan Harapan terutamanya budak-budak hingusan dari PKR dan PAN mula menyalak tak tentu pasal tentang kedudukan Yang Berhormat daripada PAS dalam exco Selangor. Saya tertarik dengan hujah Faiz al-Hajari di Facebooknya tentang situasi ini.

Hujah pertama.

Negeri Selangor dimenangi oleh PAKATAN RAKYAT, bukan Pakatan Harapan. Pakatan Rakyat terdiri drpd Pas, Pkr dan Dap. Pas TIDAK PERNAH tinggalkan Pakatan Rakyat, sebaliknya Dap yg kelam kabut pi umum "Pakatan Rakyat sudah tiada lagi..." so kenapa pulak Pas kena tinggalkan kerajaan negeri Selangor?

Hujah kedua

Sepatutnya para pimpinan Pan yg melompat daripada Pas itulah yg patut letak jawatan selaku ADUN atau MP memandangkan mereka menang kerusi tu dulu guna bendera Pas, guna duit Pas dan guna jentera Pas. Betul?

Hujah ketiga.

jika alasan klasik mereka "kami x perlu letak jawatan sbb kerusi tu dimenangi atas nama PR", maka hujah point 1 aku itu tergunapakai. Kerajaan Selangor dimenangi atas nama PR, bukan PH. Jika masih berdegil jugak, sila bubar DUN Selangor sekarang dan adakan PRN. Kita tgk rakyat nak bg mandat ke PH sungguh ke x.

Ulasan Halim Saufi.
PKR sila pergi mampus.

Jumaat, 21 April 2017

Mufti Perlis, Dr. Asri menghina agama Hindu.



Siapa tak kenal dengan Dr. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA. Selain menjawat jawatan sebagai Mufti Perlis, beliau adalah antara pakar hadis di Malaysia, dan berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Tapi sungguh tidak disangka dan sangat tidak diduga, Mufti yang dianggap paling bijaksana ini rupanya terlalu mudah ditakluki emosi. Saya tertanya-tanya, susah hilangkan kewarasan Dr. Asri atau beliau begitu mudah ditewaskan oleh emosi.
Pembaca boleh nilai sendiri tulisan Dr. Asri yang racis dan penuh penghinaan terhadap agama Hindu ini.

..apabila yang mempertuhankan lembu bersatu.. 
lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu..

mahu diserahkan kepada kerajaan zalim menyembah api dan penganut sati..
pembakar wanita janda..di benua sana..
ajaran yang mengkastakan manusia..
sedih, sehingga ada yang dipanggil paria..

wajarkah manusia diperlakukan demikian rupa..
betapa menghina insan sesama..
di sini pula tidak pernah mereka berterima kasih kepada apa yang ada.. 

berpakat mereka membuat angkara..
kita tidak boleh berdiam bahasa..
toleransi dan kesabaran ada hadnya..



Tidakkah Dr. MAZA beriman dengan ayat Allah ini.




Sebagaimana Dr MAZA,  majoriti umat islam di Malaysia kecuali Siti Kasim dan Aishah Abdul Jalil amat berterima kasih kepada Dr Zakir Naik. Dakwahnya berjaya memperkenalkan islam dengan lebih tepat dan menyebabkan ramai anggota masyarakat termasuklah golongan bukan Islam ingin mengenali dan mengkaji ajaran Islam.

Menjadi lumrah, sesiapa sahaja yang ingin membawa ajaran Islam pasti sahaja akan ada halangan yang datang. Pasti ada musuh yang tidak menyenangi. Dalam konteks dakwah Dr Zakir Naik, kita dapati Hindraf dan kumpulan Islam liberal seperti Siti Kasim adalah penghalang dakwah Dr Zakir Naik di Malaysia. Terbaru pula ialah kerajaan India memohon agar Dr Zakir Naik diserahkan kepada India untuk dibicarakan.

Walaupun kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan India itu, namun kita perlu matang dalam berfikir dan bertindak. Umpama menarik rambut di dalam tepung, perlu hati-hati dan perlu teliti.

Amat dikesali tindak tanduk Dr Asri tak ubah seperti budak hingusan dan jauh sekali menyalahi etika ilmu.

Saya tertanya-tanya adakah Dr. Asri ini hanya mahir dalam ilmu hadis tapi jahil dalam ilmu sirah dan Al-Quran.

Dr. Asri perlu belajar dan hayati ayat Al-Quran, surah Al An’am, ayat 108

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata: “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.

Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya “Tafsir Al-Quranil Azim (Jilid 2, m/s 262)”: “Allah melarang Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman daripada menghina sembahan orang-orang musyrikin, walaupun ada kepentingannya, sekiranya kemudharatan lebih besar, iaitu tindakbalas orang kafir yang akan menghina Allah S.W.T.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s 327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasulnya”.

Dr. Asri perlu belajar dari Sirah Rasulullah SAW.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dahulu pernah disakiti dan dicela oleh orang-orang musyrik. Lalu bagaimanakah sikap beliau? Beliau bersabar. Lihatlah bagaimanakah kisah beliau ketika disakiti oleh penduduk Thoif saat beliau mendakwahi mereka. Beliau kala itu bersabar.

Kepada Mufti Perlis, Dr.Asri Zainul Abidin tolonglah jangan bermain dengan api perkauman. Tidak sepatutnya golongan yang berpendidikan seperti kamu mengeluarkan kenyataan yang sebegini biadap.



Selasa, 4 April 2017

Akta 164 menodai kesucian Islam.




Akta 164 menodai kesucian Islam.

Jumhur ulama silam termasuklah dikalangan Mazhab Syafie, Hanbali serta Hanafi sendiri telah menetapkan secara jelas akan isu ini bahawa anak tersebut akan mengikut agama ibu atau bapa mereka apabila salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam. Ianya adalah satu pandangan hasil menifestasi aqidah yang benar bahawa kedudukan Islam itu adalah yang tertinggi berbanding lain.

Hinggakan ulama terdahulu telah menyimpulkan isu ini dalam satu kaedah fiqh yang jelas:

الولد يتبع خير الأبوين ديu

“anak akan mengikut agama yang terbaik dikalangan ibu bapa mereka”

Sebab itulah apabila suami isteri itu penyembah berhala kemudian salah seorang memeluk agama Kristian maka anak tersebut akan mengikut agamanya kerana agama samawi adalah lebih baik berbanding menyembah berhala. Begitu juga apabila salah seorang memeluk agama Islam, sudah tentu anak tersebut akan turut memeluk agama Islam kerana Islam adalah sebaik-baik agama dan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah swt:

Bahkan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2009 sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa agama anak adalah Islam apabila salah seorang ibu bapa menganut Islam. Kenyataan tersebut menyebut:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam, Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam.”

http://muis.org.my/2017/03/ruu-akta-164-masa-depan-anak-umat-islam-dipertaruhkan/

P/S:  Nanti geng-geng Maqasid akan bertanya, siapalah ulama silam seperti Imam Syafie, Imam Maliki,Imam Hanbali dan Imam Hanafi. Mereka bukannya ada PhD hadis macam Dr MAZA dan Dr. Rozaimi. Mereka tak bijak Maqasid Syariah seperti Ustaz Wan Ji. Mereka tak faham Rahmatan Lil'Alamiin seperti Khalid Samad.


Isnin, 27 Mac 2017

Stevia Palsu, senarai syarikat dan produk yang terbabit perlu didedahkan.



Semalam Berita Harian menyiarkan berita mengenai lambakan produk Stevia palsu yang kini menguasai pasaran negara.

Mengikut laporan tersebut, hasil kajian makmal terhadap 10 sampel produk stevia yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati produk tersebut langsung tidak mengandungi ekstrak Stevia, sebaliknya hanyalah kombinasi bahan kimia bahaya dan memudaratkan kesihatan.

Akibatnya ramai pengguna stevia diburu kerisauan dan kebimbangan. Mereka tertanya-tanya syarikat manakah yang terlibat dan jenama manakah yang dimaksudkan.

Hingga ke saat ini tanda tanya tersebut masih lagi menyelubungi pengguna. Mereka menuntut agar pihak yang terbabit melakukan kajian ini, iaitu UTHM dan UPM mengumumkan senarai produk stevia palsu tersebut.

"Hairan juga mengapa ia masih dirahsiakan sedangkan ia terbukti membawa mudarat kepada pengguna. Atau adakah ada agenda tertentu di sebalik semua ini ?" Demikianlah yang ditulis oleh seorang kenalan saya di laman Facebooknya. Beliau tidak hanya pengguna malah salah seorang pengedar produk pemanis Stevia RCC.

Pandangan Peribadi Saya.

Selagi senarai syarikat dan Stevia palsu tersebut tidak didedahkan maka selagi itulah kekal misteri. Langkah terbaik untuk masa ini ialah dengan menghindari semua produk berasaskan stevia hinggalah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Itulah langkah yang terbaik untuk kesejahteraan hidup.


Isnin, 20 Mac 2017

Pesanan Ustaz Emran Ahmad kepada pemimpin Pakatan Harapan yang beragama Islam.

Pendakwah terkenal Ustaz Emran Ahmad menyuarakan kekecewannya terhadap ahli dan pucuk pimpinan Pakatan Harapan yang beragama islam. Ini kerana mereka semua meredhai dan merestui segala tindak tanduk pemimpin-pemimpim Non-Muslim dalam Pakatan Harapan demi meraih undi.  Pemimpin-pemimpin yang beragama islam dari PKR, PAN dan DAP lebih selesa membisukan mulut dan memekakkan telinga kerana mereka takut kehilangan sokongan daripada golongan bukan islam.





Sebagai contoh, Dr. Mariah Mahmud dari parti PAN pernah menyuarakan penentangan terhadap usaha atau cadangan untuk menaikan harga minuman keras atas alasan tindakan tersebut akan membebankan masyarakat bukan islam yang ingin bermabuk-mabukan. Malah beberapa tahun lepas, Dr. Mariah sanggup berkerja sama dengan Hindraf membantah Novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein.

Hari ini tindakan DAP campur tangan dalam urusan agama Islam termasuklah urusan Fatwa di Pulau Pinang turut direstui oleh puak-puak PAN atas alasan Maqasid Syariah.

Terbaharu cadangan DAP Sarawak yang ingin menghalang penempatan dan khidmat guru agama dari Semenanjung turut disokong oleh seorang Melayu Muslim dari DAP, iaitu Zulhazmi Shariff.

Kepada seluruh Muslimin dan Muslimat termasuklah rakan-rakan dari Pakatan Harapan tolonglah hayati luahan hati dan kekecewaan Ustaz Emran terhadap parti kamu. 

Teguran Ustaz Emran Ahmad.

Ahli PKR atau DAP yang muslim wajib menegur dan mengambil tindakan pada ahli mereka yang menghina Islam.

Penghinaan pada Islam dan susuk ajaran agama ini bukanlah sesuatu yang boleh dibiarkan atau bertolak ansur.

Non-Muslim yang melakukannya akan menjadi kafir harbi yang wajib diperangi dan dibunuh.

Dan kita tidak mahu ianya ianya sampai ke tahap itu.

Justeru kerajaan dan polis wajib mengambil tindakan sebelum berlaku huru-hara dalam negara dan ketegangan antara kaum akibat perbuatan ahli politik dan orang-orang bodoh yang tidak memikirkan akibat daripada perbuatan mereka.





Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian selalu berolok-olok?.” Tidak usah kalian meminta maaf, kerana kalian telah kafir sesudah kalian beriman. Jika Kami memaafkan segolongan daripada kalian (lantaran mereka bertaubat), nescaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.” (At-Taubah: 65-66)

# Politik cara orang yang berakal dan berakhlak bukan politik cara orang yang terdesak dan miskin akhlak!

Pandangan Halim Saufi(HS)

Susah ni Ustaz Emran. Muslim2 dalam Pakatan Harapan dah lupa agama. Pemimpin2 Muslim dalam Pakatan Harapan hanya nak rampas Putrajaya. Ulama2 PAN dan PKR tidak kisah pun bila pemimpin Non Muslim dalam parti mereka hina Islam. Mereka akan anggap semua itu menepati Maqasid Syariah dan Rahmatan Lil'Alamiin.